Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Nuffnang CPUV March 2016 Atau Involve Asia?

Nuffnang CPUV March 2016

Nuffnang CPUV March 2016


Untuk March 2016, CPUV Nuffnang dapat lah 4 ketul. Masih lagi On Going. Jadilah buat belanja jajan , keropok lekok, tak pun Aiskrim Sumi 4 batang.

Sebenarnya aku dah lama tak main blog dengan nuffnang ni, rasanya dah bertahun. 

Untuk kali ini tahun 2016 aku mula aktif semula dunia blog setelah sekian lama pencen atas sebab dan alasan sambung belajar dan takda masa nak focus main blog sebagai hobi masa lapang.

Aku start berblogging ni tahun 2010-2012, cukup 2 tahun lepas tu aku senyap terus dengan dunia blogging. Bukan apa, cuma alasan yang aku cakap, sebab malas dan takda masa bila study dekat universiti ni lain macam sikit. Sana sini ada aktiviti, ada assignment, ada tugasan, ada pula event, ada pula program kuliah dan lain-lain.

Kadang mana ada masa nak sentuh blog. Itu pasal blog lama terkubur.

Dari zaman aku berhosting berbayar menggunakan Wordpress, aku rasa zaman tu paling best sekali. Sebab macam-macam duit dari blog aku dapat, dengan affliliate nya lah, duit iklan sana sini la, advertorial la, nuffnang? Usah cakap la, kadang nuffnang ni kedekut, kadang baik hati. Kadang dia bagi duit banyak-kadang sikit.

Lumrah nuffnang kan? Biasalah.

Sebut pasal pengiklanan, aku dah ada Google Adsense dulu. Entah macam mana akaun aku kena tendang. Apply banyak kali failed. Untuk blog baru ni entah la apa sebab kenapa tak boleh accept dapatkan iklan adsense. 

Jenuh dah repair sana sini perbetulkan apa yang patut. Tapi tak juga dapat.

Biarkan je lah...... kata aku...

So, teringat nuffnang, terus pasang. Sebab dah lama tak tengok macam mana prestasi nuffnang ni sekarang. Dengar kata, nuffnang baru ni kedekut ya amat. Dia lebihkan orang-orang istimewa saja bagi advertorial..

Hmmm.. Rasanya macam tu la kot? Kan....

Blogger biasa , ciput kuno macam aku ni takdelah hadap sangat dengan duit nuffnang lagi pun nak buat duit dengan nuffnang ni kena ada kesabaran yang tinggi. 

Boleh dikatakan tahap mental tu kena kuat kalau nak buat duit dengan nuffnang ni.

Sebut tentang Nuffnang Baru ni, aku suka dengan CPUV sebab harga dia bagi boleh lah tahan untuk tempoh sebulan. 

Kalau kumpul duit nuffnang lama-lama boleh bayar duit domain aku selama 5 tahun. Settle masalah. Takda lagi kes domain expire lepas ni. Gara-gara terlupa renew.

Duit Nuffnang CPUV March 2016? 


Nuffnang CPUV March 2016

Banyak ke? Jadilah buat belanja renew domain. Dah la aku beli domain dekat GoDaddy! Mahal sial kalau nak renew balik. Harga RM50-60 setahun.

Time beli mula-mula dulu aku tak baca habis terma dan syarat. Aku main beli je domain dengan tempoh 2 tahun dengan bayaran RM45 sahaja time promosi. Memang terus lah aku beli jawabnya..

Dan sekarang aku menyesal! Sebab kenapa tak beli 5 TAHUN terus! Dengan harga promosi hari tu.

SAYANG GILA..............


Baik Buat Duit Dengan Involve Asia Daripada Nuffnang



Oh ye, daripada korang buat duit dengan Nuffnang ni lebih baik korang buat duit dengan Involve Asia. Sebab buat duit dengan program tu kita boleh pilih macam-macam jenis pengiklanan affiliate yang mana kita nak.

Komisyen dia pula ada bermacam-macam jenis. Aku lebih suka kalau buat duit dengan affiliate ni sebenarnya daripada Pay Per Click Nuffnang punya iklan.

Kelebihan Involve Asia ni, kita boleh jana pendapatan lumayan juga. Kalau kita pandai buat content dengan keyword SEO yang power, insya Allah korang punya content tadi mungkin akan stay pada FIRST PAGE dalam google search.

Buat duit dengan Involve Asia kena banyak buat content bercerita tentang produk dan review, jadi senang bagi visitor datang melawat lepas tu klik link affiliate korang dan dia beli sesuatu produk dengan harga tertentu korang akan dapat komisyen 5%-30% keuntungan.

Jadi macam mana? Best kan?


Nak daftar Involve Asia boleh register di sini.



1 comment... add one now

Cik Ash Cik Ash Mac 17, 2016
banyaknya earning nuffnang dia.... tahniah ya