Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Sebanyak 9,721 Pelajar Cemerlang SPM 2015 Peroleh Semua A

KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengadakan Sidang Media Pengumuman Analisis keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Sebanyak 9,721 Pelajar SPM 2015 Peroleh Semua A

Tahniah diucapkan kepada Pelajar Cemerlang SPM 2015. Seramai 9,721 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran untuk SPM 2015.
Statistik Pelajar Cermerlang SPM Tahun 2015 kali ini menurun berbanding 11,289 calon pada tahun lepas 2014. 
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata jumlah itu menurun iaitu 2.38 peratus daripada calon yang menduduki peperiksaan itu, berbanding 11, 289 calon (2.63 peratus) pada 2014. 

Gred Purata Nasional (GPN) bagi SPM 2015 juga menurun kepada 5.15, berbanding 5.08 pada 2014. 
"Jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar mengecil sebanyak 0.05 iaitu 0.5 pada tahun 2015 berbanding 0.55 pada 2014.  
"Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 38 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 34 mata pelajaran menurun, manakala satu mata pelajaran mengekalkan prestasinya," katanya. 

Seramai 440,682 pelajar SPM mendaftar untuk menduduki SPM 2015 di 34,501 pusat peperiksaan seluruh negara dari 2 November hingga 8 Disember lalu. 

Mengenai penurunan dari segi calon mendapat keputusan cemerlang dan GPN itu, Khair berkata, keputusan itu masih berada dalam julat dibenarkan dan ia tidak membabitkan perubahan yang ketara. 
"Bagaimanapun, setiap negeri akan membuat analisis mengenai keputusan masing-masing," katanya.


0 comment... add one now