Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Rumah PPR Online

Permohonan Rumah PPR

Permohonan Rumah PPR adalah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan anda juga boleh melakukan permohonan secara online. Jika anda masih belum memiliki rumah dan gaji pendapatan anda adalah RM2,500 sebulan anda masih berpeluang untuk buat Permohonan Rumah PPR secara online (atas talian). Program Perumahan Rakyat merupakan satu program kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan renda untuk memiliki rumah dan tempat kediaman. Jabatan Perumahan Negara / Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah merupakan agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.

Tujuan Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah untuk penempatan semula setinggan dan juga memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah

Pemohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Secara Online

Rumah PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu :
  • PPR Disewa (PPRS) 
  • PPR Dimiliki (PPRM)


Harga Dan Spesifikasi Rumah PPR

Rumah-rumah PPR jenis Dimiliki :
  • Harga RM30,000.00 hingga RM35,000.00 Seunit di Semenanjung Malaysia 
  • Harga RM40,500.00 Seunit di Sabah dan Sarawak.
Untuk semua Rumah PPR yang dibina di bawah program jenis PPR Dimiliki dan juga PPR Disewa akan digunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Projek PPR (DISEWA) : 
Program PPR Disewa mula diperkenalkan pada bulan Februari 2002 atas bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti olongan yang berpendapatan rendah dan juga golongan setinggan pada kadar bayaran sewa RM124.00 sebulan.

Projek PPR (DIMILIKI) :
Kerajaan juga turut melaksanakan rumah jenis PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Program ini hanya dilaksanakan di negeri Pahang. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM30,000 dan RM35,000 seunit.


Syarat, Langkah Dan Cara Permohonan PPR Secara Online

Syarat-syarat wajib dan kelayakkan untuk permohonan rumah PPR :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
  • Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut bagi permohonan boleh dapatkan maklumat di bawah ini :

Dokumen Wajib Dimuatnaik (pdf atau jpeg sahaja) :
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
  3. Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  4. Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
  5. Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)
Klik Untuk Mendaftar PPR Baru Pendaftaran Dan Permohonan Baru

Permohonan Berdaftar diminta untuk menyemak :
  1. Semua dokumen wajib telah dimuatnaik
  2. Semua maklumat adalah lengkap
  3. Klik Kemaskini Permohonan
* Sila masukkan No KP dan kata laluan



Ciri-Ciri Rumah PPR 
  • Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besar
  • Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
  • Keluasan - Tidak kurang 700 kps
  • Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kriteria Dan Ciri-Ciri Asas lain sila klik PPR

Cara Untuk Memohon PPR
Permohonan PPR boleh buat melalui Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan. KPKT yang bertanggungjawab dalam penyediaan projek PPR dan setelah siap PPR akan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 35, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon : 603 - 8891 4356
No. Faksimile : 603 - 8891 4226



0 comment... add one now