Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018

Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018

Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 Untuk Negeri Selangor Dan Putrajaya 2017 / 2018 Online

Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2017-2018. Dimaklumkan kepada Ibu bapa yang tinggal di negeri Selangor dan juga tinggal di Putrajaya yang mempunyai anak lahir pada tahun 2010 hingga 2011 boleh membuat Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2017-2018.

Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talian (Online) mulai 1 Mac 2016 hingga 30 April 2016.


Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2017/ 2018 Online
Sila layari https://public.moe.gov.my mulai 1 Mac 2016 sehingga 30 April 2016


Pengumuman Penting! 
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2017/ 2018 Selangor | Putrajaya

Pendaftaran untuk Murid Tahun 1 , Sistem Pendaftaran Online ini terbuka dikhaskan untuk penduduk Selangor dan Putrajaya sahaja. 
Sistem esppsel (https://esppsel.moe.gov.my) telah ditutup sepenuhnya mulai 4 Januari 2016. 
Kini ibu bapa hanya boleh mendaftar anak mereka menerusi sistem baharu KPM iaitu https://public.moe.gov.my hanya akan dibuka mulai 1 Mac 2016 sehingga 30 April 2016 khusus bagi pendaftaran murid tahun 1.

Tatacara Permohonan Online Murid Tahun 1
  • Sila lengkapkan borang online “Application Form” dan cetak borang permohonan.
  • Hantar borang tersebut kepada sekolah tempat anda pohon.

Sila lampirkan sekali salinan dokumen seperti berikut atau tertera dibawah :

Salinan Penting Bagi Pendaftaran Murid Tahun 1
  • Sijl lahir/Borang W/Sijil Anak Angkat (original & copy)
  • Bil Utiliti (Bil elektrik TNB/Air) (original & copy)
  • Kad Pengenalan Ibu bapa/Penjaga (original & copy)
  • Surat Nikah/Surat Daftar Perkahwinan/Surat Cerai (sekiranya berkaitan) (copy)
  • Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (sekiranya berkaitan) (original)
  • Laporan Doktor & Kad OKU (sekiranya berkaitan) (original & copy)

Tarikh Tutup 
Sistem Pendaftaran Dan Permohonan Online Murid Tahun 1 Negeri Selangor Dan Putrajaya Sesi 
2017 / 2018 

30 April 2016


***********************************


Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) 
Sila rujuk atau menghubungi 
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA Unit ICT. 
  • E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya) 
Sila rujuk atau hubungi :
  • Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Jalan P16, Presint 16, 62150 Putrajaya. Talian Utama : +603-8890 3070 
  • E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Selangor) 
Sila rujuk atau hubungi :
  • Jabatan Pendidikan Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam,Selangor. Talian Utama : +603-55186500  
  • E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my





0 comment... add one now