Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP Online

Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal

Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP. Pengurusan zakat yang efisien adalah nadi kepada pembangunan dan kemajuan sosio ekonomi ummah. Di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk menguruskan hal-hal berkaitan kutipan zakat manakala pengagihan dilakukan oleh Bahagian Baitulmal MAIWP.

Pengurusan agihan zakat yang efisien sangat penting bagi mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta mencapai matlamat agihan kepada lapan golongan asnaf yang telah ditetapkan.

Buku Panduan Proses Permohonan Skim-Skim Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP ini diterbitkan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan lagi agihan zakat. Buku ini menjelaskan secara terperinci bagaimana sesuatu permohonan bantuan zakat diuruskan oleh Baitulmal MAIWP daripada awal sehingga bantuan tersebut diluluskan.

Melalui buku ini, pemohon bantuan dapat melihat bagaimana permohonan mereka diproses dan tempoh masa yang diambil dalam memproses permohonan bantuan. Buku ini juga memberi maklumat yang lebih jelas kepada masyarakat seterusnya diharap dapat memperbetulkan tanggapan dan persepsi negatif terhadap prosedur permohonan bantuan zakat yang dilaksanakan oleh Baitulmal MAIWP.

Muat Turun :
Panduan Proses Permohonan Bantuan Zakat Baitulmal MAIWP

Syarat Umum Untuk Buat Permohonan Bantuan Baitulmal MAIWP
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Senarai Semak Dokumen Untuk Permohonan Skim Bantuan Baitulmal MAIWP


Had al-Kifayah
Had al-Kifayah adalah pengiraan yang digunakan untuk menentukan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan zakat. Perkara ini perlu mengambil kira supaya keperluan asasi yang diperlukan oleh seseorang itu untuk meneruskan kelansungan hidupnya. Bagi setiap elemen keperluan asasi, satu kadar yang paling minimum diletakkan.

Jumlah hasil pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.
Kalkulator Had al-Kifayah

Borang Bantuan Permohonan Zakat Baitulmal MAIWP 




0 comment... add one now