Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik Jun 2016 Online


Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Jun 2016 Online


Bagi pelajar lepasan SPM iaitu lepasan Diploma dan juga Sijil Politeknik, berita baik untuk mereka yang sudah memiliki Sijil Kolej Komuniti, Sijil Kejuruteraan Pertanian, Sijil Pertanian, Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Institut Kemahiran MARA untuk mengikuti program pengajian Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Jun 2016 

Untuk pelajar lepasan SPM yang telah buat permohonan atau masih belum buat permohonan untuk kemasukan ke Politeknik boleh memohon di UPU 2016 online.

Perkara Penting Untuk Permohonan Diploma Lanjutan Politeknik


Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik sesi Jun 2016 boleh dibuat dengan membeli :
  • Nombor Unik ID Kategori Lepasan SPM/Setaraf 
  • Berharga RM 15.64 (no. Unik ID bermula dengan nombor 16XXXX) 
  • Di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

Permohonan Politeknik Diploma/ Diploma Lanjutan Sesi Jun 2016


Maklumat penting untuk dikongsikan mengenai permohon Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik sesi Jun 2016.
  • Permohonan menggunakan Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) 
  • Tarikh Buka : 21 Februari 2016 
  • Tarikh Tutup : 5 April 2016
  • Login Borang seperti biasa dengan menggunakan No Kad Pengenalan baru dan No Pin Unik ID
Jika ada sebarang masalah boleh rujuk Panduan Permohonan PDF di sini.

Senarai Program Dan Syarat Kemasukan

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada senarai program bergantung kepada jenis lepasan serta syarat kemasukan sebelum memohon.
*Sila klik pautan diatas melihat senarai program yang ditawarkan bersama syarat kemasukan.

Lain-lain lepasan, boleh rujuk ke : Senarai Program & Syarat Kemasukan



Jika Ada Sebarang Masalah 
Tentang Permohonan Diploma/Diploma Lanjutan Politeknik
Boleh  Hubungi :

 Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 
03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
Faks : 03-8891 9323  

Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik Jun 2016 Online









1 comment... add one now