Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Kemasukan ke IPMa Secara Online Pengambilan Sesi Julai 2016



Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) adalah merupakan salah satu tempat yang diwujudkan untuk menyelaraskan semua urusan kemasukan pelajar-pelajar baru yang memohon untuk ke Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara berpusat.

Pengambilan pelajar baru untuk memohon pengajian di Institusi-Institusi Pendidikan MARA adalah sebanyak 2 kali untuk setahun [kecuali Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK) hanya sekali setahun sahaja]

Permohonan kemasukan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) boleh mula dibuat setelah iklan dikeluarkan.

Permohonan Kemasukan Ke IPMa / UPIM


Bagi pelajar baru yang mahu memohon untuk masuk ke Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) adalah seperti berikut :‑

  • Permohonan Kemasukan Kolej Profesional MARA ( KPM )
  • Permohonan Kemasukan German Malaysian Institute (GMI)
  • Permohonan Kemasukan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) / Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Permohonan Kemasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Cawangan-Cawangannya.
  • Permohonan Kemasukan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Permohonan Kemasukan Kolej MARA (KM) - Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan (PKS-UMK)

Permohonan pelajar haruslah dibuat secara on-line dan pelajar hendaklah dibuat berdasarkan kelayakan pemohon mengikut kelayakan pelajar dan minat masing­-masing.

Daftar Permohonan Kemasukan UPIM Sesi Julai 2016


Syarat - Syarat Kelayakan


Bagi pelajar yang mahu semak syarat kelayakan boleh klik pautan di bawah ini :
Syarat kelayakan untuk kursus di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di laman web kolej/universiti berkenaan.


Maklumat Program


Bagi pelajar yang mahu menyemak kursus program boleh buat semakan di pautan bawah ini :
Maklumat program untuk kursus di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di laman web kolej/universiti berkenaan.




UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI NOMBOR BERIKUT:-

Jika ada sebarang pertanyaan boleh buat panggilan di nombor yang tertera bawah ini :
  • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
  • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
  • GMI : 03-8921 9047 / 9288
  • KKTM : 03-261 34605/ 34612
  • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033

DOKUMEN PENDAFTARAN PELAJAR BARU KPM :

0 comment... add one now