Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Lesen Permit Tapak Bazar Ramadan Tahun 2016 - DBKL

Permohonan Lesen Permit Tapak Bazar Ramadan Tahun 2016 - DBKL

Permohonan Tapak Bazar Ramadan 2016 Lesen Permit (DBKL) - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Bagi perniaga yang mahu buat permohonan lesen permit perniagaan untuk jualan dan perniagaan di Tapak Bazar Ramadan 2016 DBKL, anda boleh semak aktivti di bawah ini untuk rujukan serta cara buat pendaftaran dan permohonan :

**************

PEMBERITAHUAN
PERMOHONAN PERMIT SEMENTARA BAZAR RAMADHAN TAHUN 2016/1437HIJRAH

Aktiviti : 
Pendaftaran Permohonan Bagi Pemilihan Peniaga Menerusi Proses Pengundian Petak Bazar Ramadan

Tarikh :
22 Mac 2016 (SELASA) hingga 24 Mac 2016 (KHAMIS)

MASA : 
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Tempat  : 
Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

**************

Syarat-Syarat Permohonan 
Tapak Bazar Ramadan 2016 - DBKL


A) Kelayakan Pemohon Tapak Bazar Ramadan 2016 DBKL :
  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.
  2. Beragama Islam sahaja.
  3. Mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih sah tempohnya (Kawasan Pusat Bandar).
  4. Pemohon hanya boleh memohon satu (1) petak Bazar Ramadan sahaja untuk tahun 2016.
B) Dokumen Yang Perlu Dibawa Bersama Ketika Memohon (Kawasan Pusat Bandar) :
  1. Kad Pengenalan dan satu (1) salinan.
  2. Dua (2) keping gambar berwarna terbaru berukuran pasport.
  3. Kad lesen penjaja ASAL dan satu (1) salinan.
  4. Buku akaun bank ASAL dan satu (1) salinan/slip penyata akaun ASAL dan satu (1) salinan berbaki tidak kurang RM3,000.00
  5. yang dikemaskini dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Kad Suntikan Typhoid (TY2) asal yang masih sah tempohnya dan satu (1) salinan (peniaga makanan/minuman sahaja)
C) Dokumen Yang Perlu Dibawa Bersama Ketika Memohon (Kawasan Luar Pusat Bandar) :-
  1. Kad Pengenalan dan satu (1) salinan.
  2. Dua (2) keping gambar berwarna terbaru berukuran pasport.
  3. Kad Suntikan Typhoid (TY2) asal yang masih sah tempohnya dan satu (1) salinan (peniaga makanan/minuman sahaja).

Tarikh Pengundian 
Tapak Bazar Ramadan 2016 - DBKL

Pengundian dijangka akan diadakan pada 29 MAC 2016 (SELASA) hingga 31 MAC 2016 (KHAMIS) bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

LANTIKAN PEMBANTU
Lantikan pembantu kepada pemohon yang berjaya hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 7 APRIL 2016 (KHAMIS). Borang permohonan boleh diperolehi ketika hari pengundian.


Lokasi Kawasan Tapak Bazar Ramadan 2016 - DBKL


Pusat Bandar

1. Lorong TAR

JUADAH 

  • 23 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Kaki Persegi 8 X 8

PAKAIAN 

  • 271 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Kaki Persegi 8 X 8

AKSESORI 

  • 77 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Kaki Persegi 8 X 8

MAKANAN KERING 

  • 19 Bilangan Petak Tapak 
  • Keluasan Kaki Persegi 8 X 8

JUMLAH 
Petak Tapak = 390

*****

2. Jalan Masjid India

BARANGAN KERING

  • (PAKAIAN/AKSESORI/MAKANAN KERING)
  • 65 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Kaki Persegi 10 X 10

JUMLAH 
Petak Tapak = 65


*****

 Luar Bandar 

1. Tempat Letak Kereta Stadium Bola Cheras
  • Juadah
  • 251 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Kaki Persegi 8 X 8

2. Taman Dato' Senu 
  • Juadah
  • 96 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Kaki Persegi 6 X 3

3. Setapak Jaya
  • Juadah
  • 175 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Petak Tapak 6 X 3

4. Jalan Telawi, Bangsar
  • Juadah
  • 110 Bilangan Petak Tapak
  • Keluasan Kaki Persegi 6 X 3

JUMLAH Petak Tapak = 634



Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web : www.dbkl.gov.my 
atau menghubungi Kaunter Pertanyaan di talian 
03-2028 2540 / 20282537



0 comment... add one now