Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan PISMP 2016 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Permohonan PISMP 2016. Bagi calon yang yang mahu buat pendaftaran permohonan secara online untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Tahun 2016 boleh dibuat pada 10 Mac 2016 pada jam 12.00 tengah hari sehingga 27 Mac 2016 pada jam 11.59 malam.

Petikan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2015 yang berkelayakan serta berpotensi juga berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh berdaftar permohonan di secara online di :
Website : www.pismp.moe.gov.my

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)




Keterangan Lanjut Tentang Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Nama Program :
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP 2016)
  1. Program ini dikhususkan untuk melatih calon yang bakal menjadi guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  2. Pemohon juga dikehendaki untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tempoh dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Bagi Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN untuk mengikuti pengajian PISMP selama tempoh empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Dan Kelayakan Asas Untuk Buat Pendaftaran Permohonan PISMP 2016
  1. Calon Warganegara Malaysia. 
  2. Calon umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996. 
  3. Calon mesti sihat tubuh badan. 
  4. Calon WAJIB Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. 
  5. Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu : Bahasa Melayu; dan Sejarah.
  6. Calon WAJIB LULU Bahasa Inggeris. 
  7. Calon mesti memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonanonline). 
  8. Calon juga aktif dalam kegiatan kokurikulum.


Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan PISMP 2016 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)

A ) Sekolah Kebangsaan (SK)
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. Bahasa Iban
  6. Bahasa Kadazandusun
  7. Bahasa Islam
  8. Matematik
  9. Sains
  10. Pendidikan Khas

B) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  1. Bahasa Melayu 
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Pendidikan Islam
  5. Matematik
  6. Sains
C) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Bahasa Tamil
  4. Pendidikan Islam
  5. Matematik
  6. Sains

Bagi Calon Tidak Layak Memohon PISMP 2016 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)
  • Calon Pemohon yang masih/sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di mana-mana institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 
  • Calon Pemohon yang telah dikenakan tindakan tatatertib atau masih dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau sedang membuat latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan. 
  • Calon Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program. 
  • Calon Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah. 

Cara Untuk Daftar Permohonan PISMP 2016
(Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)

  1. Calon Permohonan boleh buat pendaftaran secara online (atas talian) dengan melayari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di : http://www.moe.gov.my pada 10 Mac 2016. 
  2. Calon Permohonan juga akan ditapis mengikuti syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang memohon PISMP yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga 
  3. Calon Pemohon juga dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 
  4. Calon Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja. 
  5. Calon Permohonan perlu disahkan setelah calon pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerimano rujukan. 
  6. Calon Pemohon juga hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan di masa akan datang. 
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan calon akan ditolak.

Daftar Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2016


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 

27 MAC 2016 (11:59 MALAM) 

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan : 

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR. 
(u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769 


0 comment... add one now