Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Permohonan Angkatan Tentera Malaysia ATM 2016 | 2017 Lepasan SPM

Permohonan Tentera Malaysia ATM

Untuk calon lepasan SPM 2016, bagi permohonan untuk memohon Angkatan Tentera Malaysia ATM pada tahun 2016 | 2017  yang berkelayakan SPM bakal dilantik sebagai  jawatan Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Latihan ini di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Permohonan Tentera Malaysia ATM 2016 | 2017 Lepasan SPM
Pelajar lepasan SPM 2016 untuk calon-calon yang mahu membuat permohonan boleh dibuat melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui www.upu.mohe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya bagi pelajar dan juga calon-calon yang layak untuk mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

Syarat Kelayakan Tentera Malaysia ATM 2016 | 2017
Fizikal
  • Jantina : Lelaki dan Wanita
  • Tinggi Minimum : 1.62M (Lelaki) 1.57M (Wanita)
  • Berat Minimum : 47.5KG (Lelaki) 45.0 (Wanita)
  • Ukuran Dada Minimum (Lelaki Sahaja) : 76 SM
  • Body Mass Index : 18.0 hingga 23.0

Umur
  • Umur : Berumur 17 tahun 6 bulan, 19 Tahun pada 31 Disember 2016. 
  • Calon-calon berumur dibawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

Taraf Kesihatan : 
  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata/ kanta lekap. Perlu lulus pemeriksaan yang dijalankan oleh KKM.

Kriteria Pemilihan : 
  • Proses pemilihan adalah berdasarkan merit kelayakan akademik, ujian kepimpinan, ujian fizikal, ujian bertulis dan penilaian lembaga pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan bidang sukan akan diberi keutamaan.

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Cara Permohonan Tentera Malaysia ATM Lepasan SPM
Boleh rujuk ke : Iklan Tawaran Tentera Lepasan SPM

Tarikh Tutup Permohonan

5 April 2016

0 comment... add one now