Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Ringkasan Review Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia


Ringkasan Review Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia


Bagi peminat Xiaomi pasti tak sabar nak sambar satu smartphone terbaru dari mereka. Design yang lebih premium dengan gaya solid penuh dengan body metal buatkan korang raya teruja untuk beli dengan harga murah dari pihak Xiaomi Malaysia.

Berita gembira buat peminat Xiaomi, pihak Xiaomi Malaysia akan mengumumkan kemasukan Xiaomi Redmi Note 3 pada bulan April 2016 ini. Jadi bersiap sedialah untuk beli dengan cepat sebab produk Xiaomi laku keras. 

Tak sampai 30 minit pastu jualan atas talian habis dijual. Itu adalah jualan pada Website Official Xiaomi Malaysia.

Apa Kelebihan Spesifikasi Model Terbaru Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia


Model terbaru Redmi Note 3 ni yang akan dijual di Malaysia dengan menggunakan processor Snapdragon 650 yang baru dilancarkan pada awal Jan 2016 dan akan di bawa masuk ke Malaysia pada April 2016 ini.

Yang menarik ia menggunakan skrin saiz 5.5″ 1920 x 1080p dengan IPS display dan mempunyai 16 MP camera belakang dan 5 MP selfie camera di hadapan. (Untuk jenis Redmi Note 3 Pro)

Paling best ia menggunakan Full Metal Body!! Dengan teknologi fingerprint sensor serta menggunakan bateri sebanyak 4050 mAh !

Power power power. Dah lah kapasiti bateri besar 4050 mAh, lepas tu body metal pula. Camera ada 16 MP memang gempak habis..!

Untuk Harga pula masih beli di ketahui. Kalau jualan di atas talian seperti Lazada Malaysia harga nya lingkungan RM650-RM999. 

Warna dan ruang storan dalaman serta jumlah RAM masih belum diketahui untuk pasaran Malaysia secara rasmi. 

Tapi aku harap sangat pihak Xiaomi Malaysia bawa masuk Redmi Note 3 untuk semua jenis warna dan juga menawarkan versi 32 GB internal / 3GB RAM.

Aku pasti pengemar smartphone tahu menilai phone mana yang terbaik dan murah.

Smartphone Terbaik 2016 Dengan Harga Murah Xiaomi Redmi Note 3 


Xiaomi pandai main market, mereka tahu apa kemahuan pengguna. Rata-rata diantara kita mahukan smartphone berkualiti tinggi dengan gaya premium dengan harga murah. Jadi syarikat Xiaomi mengeluarkan phone terbaru mereka untuk pasaran dunia Xiaomi Redmi Note 3 dengan tawaran hrga murah di Malaysia dan juga di dunia!

Smartphone ini sangat popular dalam masa terdekat kerana spesifikasinya yang bagus dengan harga murah sekitar RM700 – RM800 seunit.

2 comments.. read them below or add one

Uncle Zuan Uncle Zuan Mac 20, 2016
dulu minat la xiaomi ni. tapi skarang dah minat huawei hehe
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue Mac 23, 2016
Xiomi Red Note 3 pula ya, belum lagi kot nak tukar xiomi M4 ni.. :p