Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Akasia TV3

Sayangku Kapten Mukhriz

Sayangku Kapten Mukhriz

Akan datang di slot Akasia drama Sayangku Kapten Mukhriz adaptasi dari novel Anugerah Terindah karya Sophilea. Drama terbaru slot Akasia TV3 ini adalah hasil daripada terbitan Creative Skill Solutions. Penulis skrip Nieza Nahar, pengarah ayidonara dan lakonan oleh Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai hero dan heroin Drama Sayangku Kapten Mukhriz.

Nantikan drama slot akasia TV3 Sayangku Kapten Mukhriz setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.58 petang.

Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz


Novel Sayangku Kapten Mukhriz (Novel Anugerah Terindah)



Bagi yang ingin dapatkan Novel Anugerah Terindah dari
Drama Sayangku Kapten Mukhriz
Anda boleh dapatkan
DI SINI



Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz 

Kalau saya jadi bunga, Ustaz nak jadi apa?
~ Dr Ariana 
Kalau Ariana jadi bunga saya berhenti army buka kedai bunga. Mesti laku bunga Ariana
~ Kapten Ustaz Mukhriz
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum mampu memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. 

Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title 'ustaz' dan seorang langsung tidak peduli title 'doktor'. Sudahnya beginilah... SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.
-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana
PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

Nantikan Sayangku Kapten Mukhriz Adaptasi daripada Novel Anugerah Terindah nukilan @sophilea_novelis

OST Lagu Tema Sayangku Kapten Mukhriz

Akan update nanti.

Disebalik Tabir Sayangku Kapten Mukhriz
Ariana Sayangku Kapten Mukhriz
Bersama Pelakon Sayangku Kapten Mukhriz
Mukhriz dan Ariana Sayangku Kapten Mukhriz

Info :
Duda Terlajak Laris juga adalah drama adaptasi dari novel karya Aifa Batrisya.

0 comment... add one now