Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Semak Saman Trafik Online SMS PDRM JPJ Dan AES


Semak Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online Dan SMS

Semak Saman Secara Online. Dengan adanya teknologi Internet serba canggih dan serba moden ini, kita dapat memudahkan lagi cara bagaimana mahu menyemak saman trafik kenderaan secara online. Semak Saman Online POLIS PDRM, JPJ dan Semak Saman AES bergambar boleh buat melalui semakan atas talian Online Dan SMS dengan mudah, cepat dan ringkas. 

Semakan saman secara online juga boleh dilakukan dengan empat (4) cara menyemak saman trafik melalui MyEG Services, Rilek e-Services, Semak Saman JPJ melalui portal rasmi.mereka dan juga Semak Saman Trafik Polis PDRM secara SMS untuk mengetahui status saman trafik yang perlu dibayar.

**************************

Bagaimana Mahu Buat Semakan Saman Secara Online Dan SMS?


Semak Saman SMS Polis PDRM
Polis PDRM memudahkan kita untuk buat semakan saman melalui SMS dimana cara untuk Semak Saman dengan menaip SMS seperti berikut :

Buka Pesanan Ringkas SMS di telefon anda

Taip : 
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No.Kad Pengenalan atau No.Plat Kenderaan]
dan tekan hantar (send) ke nombor 
32728 atau 15888


Contoh seperti ini : 
POLIS SAMAN 901201122111 @ POLIS SAMAN WWW1234 


Untuk mendapatkan jawapan semakan saman secara keseluruhan :

Taip :
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No.Kad Pengenalan atau No.Plat Kenderaan]<jarak>[Email] 
dan hantark ke 
32728

Kesalahan saman secara keseluruhan akan dihantar ke alamat email yang disertakan.

Contoh seperti ini :
POLIS SAMAN 881111122111 najibsempoi@yahoo.com

* Caj Perkhidmatan 
15 sen akan dikenakan untuk setiap SMS yang di hantar
20 sen untuk setiap SMS yang diterima

Semak Saman Online Polis PDRM
  • Untuk yang belum berdaftar boleh tekan di sini
  • Untuk yang sudah berdaftar boleh tekan di sini



**************************




Semak Saman SMS Dan Online JPJ

Secara Online :

Untuk mereka yang menerima saman dari JPJ boleh buat semakan melalui online di website rasmi JPJ untuk menyemak saman online JPJ anda.
Klik Di Sini Untuk Semak Saman JPJ



Secara SMS :

Taip : 
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan / No.Plat Kenderaan dan hantar ke nombor 15888 

Contoh : 
JPJ SAMAN 881111122111 atau JPJ SAMAN WWW1234 hantar ke nombor 15888


**************************



Semak Saman AES PDRM JPJ Melalui MyEG

Jika anda ada saman daripada Polis PDRM, JPJ, mahupun Saman AES anda juga boleh buat semakan saman melalui MyEG. 

Ikuti langkah-langkah di bawah:

Layari www.myeg.com.my untuk mendaftar dahulu sebelum menggunakan servis ini buat pertama kali.

Login menggunakan nama dan kata laluan anda.
  • Klik eServices pada menu 
  • Pilih JPJ atau PDRM
  • Untuk saman AES?
  • Pilih JPJ.
Perkhidmatan dari MYEG juga dapat menghantar peringatan terus kepada email anda sekiranya terdapat saman baharu. Langganan servis MyEG adalah percuma.


**************************

Semak Saman Melalui Rilek.com.my yang dikeluarkan saman oleh Polis PDRM.

Layari laman Semakan Saman PDRM di www.rilek.com.my/rilek/rilek/pdrm
Daftar (untuk buat pendaftaran sekiranya belum mendaftar).
Login menggunakan nama dan kata laluan anda.
Klik "Check/Pay Summons(es)" pada menu dropdown.

Anda juga boleh buat bayaran secara online melalui perbankan internet CIMB, Maybank dan RHB 


0 comment... add one now