Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Semakan Online WPP PTPTN | Wang Pendahuluan Pembiayaan


Semakan Online WPP PTPTN

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM1,500.00 akan diberikan kepada pelajar baru sebagai persediaan pelajar sebelum mendaftar dan juga wang permulaan untuk belajar di IPTA dan Politeknik.

Duit WPP PTPTN adalah wang dimana untuk memulakan pelajar membayar yuran semester dan juga pembelanjaan harian semasa di Semestera 1.

Apakah Syarat-Syarat Untuk Mendapatkan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN?

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut :

  • Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN 
  • Ibubapa/Penjaga pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);
  • Warganegara Malaysia 
  • Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA & Politeknik dan 
  • Tidak mempunyai hutang WPP
*Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.

Bagi pelajar baru yang memohon pinjaman PTPTN yang mana telah buat Tawaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP} PTPTN boleh rujuk bagaimana caranya untuk buat Semakan Online WPP PTPTN di bawah ini :

Caranya, masukkan Nombor IC pelajar ke dalam website PTPTN untuk buat Semakan Online WPP

Cara Buat Semakan Online WPP PTPTN





Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP PTPTN

  • Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
  • Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
  • Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
  • Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.
  • Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.






0 comment... add one now