Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Pelaburan Pinjaman ASB VS Simpan Sendiri Mana Lebih Baik?


Simpanan Bulanan vs Financing ASB (Pelaburan Pinjaman ASB)

Note : Penulisan ini adalah hasil daripada Hafiz Hazmi

Masih ada yang keliru kenapa perlu buat pembiayaan ASB kalau boleh simpan sendiri. Cuba baca ini untuk tahu kenapa.

Contoh Kekuatan Simpanan Bulanan = RM 1,100
A) SIMPAN SENDIRI
Simpan RM 1100 setiap bulan
Tempoh 5 tahun dalam ASB.
Dividen akan dikira dari purata volume yang dideposit kedalam akaun setiap bulan
  • Jumlah simpanan terkumpul : RM 66,000
  • Jumlah dividen terkumpul : RM 13,751
  • Jumlah tunai ditangan : RM 79,751

B) PEMBIAYAAN ASB
Instalment RM 1100 pembiayaan RM 200K 30 tahun
Terminate dalam tempoh 5 tahun dengan baki pinjaman semasa ialah 185K
Dividen akan compounding dari volume sijil pembiayaan 200k
  • Jumlah prinsipal terkumpul (RM 200K -185K ) : RM 15,000
  • Jumlah dividen terkumpul : RM 87,125
  • Jumlah tunai ditangan : RM 102,125

Beza RM 22K

Bagaimana financing menghasilkan jumlah dividen yang lebih ialah kerana volume. Volume tadi didapati daripada sijil pembiayaan. 

Jadi, ianya macam jalan pintas untuk mendapatkan volume yang besar. Tetapkan matlamat, disiplin pasti datang. Risiko hanya ada pada mereka yang masih tidak faham tentang apa yang mereka buat.

0 comment... add one now