Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Kenapa Tempat Charge Phone Selalu Rosak?


Selalu Tempat Charge Phone Rosak?

Bagi isu sebegini memang selalu terjadi pada semua pengguna phone terutamannya phone super premium berbadan plastik encik Samsung kita. 

Phone samsung, lenovo, asus, oppo, huawei ke selalu jadi kes tempat cas phone rosak. Punca nya kenapa ye? Kebanyakkan orang memggunakan phone sambil charge, sebab itu puncanya tempat charge phone selalu rosak.

Bila korang baring, sambil charging phone dalam masa yang sama tangah menaip whatssapp girlfriend boyfriend, tak pun suka telephone sambil cas phone buatkan wayar USB port dekat phone menjadi longgar dan tak stabil untuk power charging. Sebab tu la punca jadinya cas phone terlalu slow, bateri pun makin mengembang dan port USB phone mula rosak. 

Satu lagi, jangan selalu cas phone sambil pakai powerbank. Lepas tu letak dalam bag tangan atau letak poket belakang. Bukan apa, sebab bila kita tak sedar yang kita sedang cas phone, port usb yang terpasang dengan power bank tu sedikit sebanyak boleh bergegarkan dan melonggarkan port usb phone serta arus power bank pun menjadi slow.
  • Ye la, duduk dalam bag tangan atau poket belakang menyebabkan gegaran yang tak sengaja menjadikan tempat cas phone selalu rosak.
  • Jangan sesekali guna USB cable yang bukan original! Sebab setiap cable usb dikhaskan untuk phone phone tersebut, kalau guna cable cokia standard arus eletrik keluar masuk atau port usb tak sama buatkan phone jadi tak stabil.
Jika phone mahal sekali pun, penjagaan terhadap phone tu penting ibarat menjaga orang yang korang sayang la, kalau hari hari cas sambil text atau buat panggilan sampai lupa nak cabut wayar usb phone, habis la riwayat phone korang. Besar kemungkinan, jangka hayat kurang dari 6 bulan masa bertahan sebelum rosak port usb phone tu.


Tips Untuk Menjaga Tempat Charge Phone Sebelum Rosak
  • 1. Ambil pencungkil gigi atau pun jarum kecil dan berus gigi tak pakai.
  • 2. Bersihkan habuk di dalam lubang USB port phone tu dengan berhati hati.
  • 3. Jangan cungkil terlalu menekan, hati hati dengan wayar kecil dalam port usb tu.
  • 4. Buang daki daki yang ada di sekeliling port USB phone mengunakan berus gigi yang tak pakai.
  • 5. Siap. Sudah bersih.



5 comments.. read them below or add one

seri nian seri nian Mac 05, 2016
gitu rupanya, namun saya guna samsung agak lama rasa 3..4 tahun bahagian charger masih elok. alhamdullilah. namun hp huawei tu cepat la longggar mungkin sebab di atas
titan titan Mac 07, 2016
haha..selalu gak charger aku rosak.

tapi betullah, yang original memang susah sikit nak rosak. Masih ok pakai sampai hari ini berbanding yang tak berapa nak ori walaupun kedai kata ori punya.
tni tni November 04, 2016
kalau nak baiki, tau tak cost dia brp. sbb ada kedai cina tu nak sampai rm100. betul ke
mejuez mejuez November 04, 2016
Normal harga kat kedai untuk baiki dalam RM60 ke RM150, ikut jenis phone macam mana dan spare part banyak atau tidak.

Selalunya harga barang untuk tempat port usb cas kt phone tu murah je, modal dalam RM10..

Cuma servis buka phone dan tolong gantikan kepada yang baru mereka akan cas mahal sikit atas dasar Service Charge.

Ikut harga kedai mereka letak berapa, boleh tawar menawar sekiranya mereka setuju harga yang ditawar.
Unknown Unknown November 08, 2016
berapa ya harga repair charger port untuk hp lenovo A899?terima kasih