Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

TIME Fibre Home Broadband Termurah Di Malaysia Dengan Kelajuan Internet 500Mbps

TIME Fibre Home Broadband Termurah Di Malaysia

Review TIME Fibre Home Broadband Termurah Dengan Kelajuan Internet 500Mbps


Hari ini, secara rasminya UNIFI sudah ada pesaing terdekat iaitu TIME Fibre Home Broadband (TIME 100% Fibre Optic Network) dengan kelajuan 500Mbps dengan harga berpatutan dan TERMURAH di Malaysia.

Selamat Tinggal UNIFI, say HELLO for TIME Fibre Home Broadband!

Bila menggunakan Internet dengan kelajuan laju ini, sememangnya amat dinanti-nantikan. Bagi pengguna diluar sana, mereka pasti suka dengan berita gembira ni. Bagi mereka yang kaki download mendownload ni
pasti senyum lebar.

Pakej yaang ditawarkan juga amat berpatutan dengan harga serta tawaran kelajuan Internet.

TIME.com.my adalah merupakan salah satu daripada syarikat perkhidmatan internet jalur-lebar di Malaysia, dan buat masa ini mereka hanya memfokuskan beberapa kawasan terpilih dan terhad sahaja.

Pihak TIME untuk hari ini menawarkan harga pakej 100Mbps dengan harga termurah dengan langganan RM149 sebulan.

Mereka juga turut menawarkan pakej plan dengan kelajuan 300Mbps dan 500Mbps untuk pengguna di rumah.

Harga Pakej Plan Terbaru TIME Fibre Home Broadband Untuk Kelajuan Internet 100Mbps, 300Mbps Dan 500Mbps


Harga Pakej Plan TIME Fibre Home Broadband 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps

Pakej terbaru ini adalah pakej plan internet dengan berkelajuan tinggi untuk pengguna rumah dan ia juga adalah paling termurah DI MALAYSIA dengan tawaran harga berpatutan berbanding dengan harga UNIFI fibre optic.

Sebelum ini juga pihak TIME Fibre telah buat ujian kelajuan rangkaian mereka sehingga 500Mbps ketika sebuah acara memfokuskan sekuriti beberapa tahun yang lepas, dan untuk kali ini mereka meluaskan lagi rangkaian kepada semua penduduk dengan kelajuan 500Mbps kepada rakyat Malaysia.

Apa Yang Best Dan Menarik Dengan TIME Fibre Home Broadband?


  • Plan Time Fibre Home Broadband adalah unlimited.
  • Ia juga TIADA had kuota yang dikenakan.
  • Ia juga dikhaskan kepada pengguna Internet generasi kini yang gemarkan bermain online games.
  • Untuk kaki video streaming dan download pasti senyum lebar!


Review Tentang Perkhidmatan Time Firbre Home Broadband


Review TIME Fibre Home Broadband 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps



Berapa Harga Pakej Plan TIME Fibre Home Broadband?

  • 100Mbps ditawarkan pada harga RM149 sebulan.
  • 300Mbps ditawarkan pada harga RM189 sebulan.
  • 500Mbps ditawarkan pada harga RM299 sebulan.

Untuk tempahan boleh buat langganan di http://www.time.com.my




1 comment... add one now

titan titan April 02, 2016
masalahnya, banting atau johor ni takde time fibre.

unifi aje la pilihan yang ada.