Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 7 Perkara Sebelum Membeli Kereta


Tips 7 Perkara Sebelum Membeli Kereta
Note : Penulisan ini adalah hasil daripada saudara Amir Syahir
1. Beli Mengikut Kemampuan
Bukan untuk bermegah, tapi sebagai pengangkutan untuk membawa kau dari satu tempat ke satu tempat. Biasanya gaji bulanan bahagi tiga itulah ansuran kereta bulanan. Kalau gaji bawah RM2000 jangan mengada nak ambil Honda atau Toyota.

2. Bukan Ansuran Bulanan Sahaja Kau Patut Ambil Kira. 
Pembelian kereta akan datang bersama dengan caj bayaran lewat jika kau lambat bayar, kos parkir kereta, bayaran tol, kos petrol, servis, cukai jalan, insuran, saman trafik dan pelbagai kos lain. Sebab itu kereta ini dikategorikan liabiliti. Iaitu mengambil duit kau dari poket dan bukannya satu aset. Jadi kalau gaji RM1800 ansuran kereta RM900 tu kau patut fikir balik. 

3. Cuba Tingkatan Untuk Bayaran Pendahuluan
Supaya ansuran bulanan rendah dan tempoh pembayaran lebih singkat. Semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak kadar faedah kau kena bayar. Jangan melompat gembira jika kau dapat tawaran tak perlu bayaran pendahuluan. Seeloknya buatlah pinjaman sesingkat mungkin 5 ke 7 tahun.

4. Pastikan Kau Ada Tabungan Kecemasan Untuk Pembelanjaan Luar Jangka
Seperti membaiki kereta jika berlaku kerosakan atau kemalangan. Adakalanya tayar bocor, tetiba cermin pecah ke. Kau perlukan duit untuk membaikinya semula.

5. Pastikan Membeli Kereta Mengikut Keperluan
Kalau belum berkahwin atau anak 1 baik beli kereta kecil atau kereta sedan je. Semakin besar kereta, semakin banyak penggunaan petrol.

6. Kos Penyelenggaraan Dan Alat Ganti Yang Murah
Kereta ni perlukan servis tiap tahun untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan menjamin keselamatan jika memandu jarak jauh. Biasanya kereta tempatan mempunyai kos penyelenggaraan dan alat ganti yang murah.

7. Membuat Kajian Terlebih Dahulu
Jika kereta itu kereta pertama, kau perlu tanya kepada orang yang arif. Minta pandangan mereka terlebih dahulu. Senarai kebaikan dan keburukan model kereta tersebut.

Akhir kata, pembelian kereta mungkin mengambil masa lama untuk kau langsaikan hutang. Jadi kalau kau salah buat pemilihan kau kena tanggung sendiri. 

Itu sebab pakar pengurusan kewangan menyarankan supaya beli kereta terpakai terlebih dahulu. 

Kalau bijak lagi beli rumah dulu lepas tu baru beli kereta ataupun gunakan pairing pinjaman ASB untuk beli kereta.

0 comment... add one now