Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips 4 Cara Jawab Soalan Killer Temuduga

Cara Jawab Temuduga

Debaran untuk memulakan langkah temuduga memang terasa sungguh merisaukan. Setiap kali berlangsungnya sesi temuduga mesti kita rasa tidak selesa dan rasa takut untuk menjawab soalan yang bakal di tanya nanti.
Ye la, korang tak perasan ke? Setiap kali hadir ke tempat temuduga mesti ada salah seorang penemuduga mempunyai perangai yang agak kerek!

Soalan yang di tanya memang agak gila lah, pendek kata soalan KIller Temuduga tahap dewa sampai kita boleh teperangkap dengan soalan-soalan yang diorang bagi.

Tapi jangan risau, aku boleh bagi Tips 4 Cara Jawab Soalan Killer Temuduga, yang korang kena ingat sampai bila bila ye! 
Cara Jawab Temuduga


Tips 4 Cara Jawab Soalan Killer Temuduga


1. Tolong Ceritakan Tentang Diri Anda

Jawapan Salah : Nama saya Syazwan Latif, saya merupakan fresh graduate dari Politeknik Merlimau Melaka. Saya merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik. Bapa saya seorang juruteknik dan mak saya seorang suri rumah sepenuh masa. Saya suka membaca, menulis blog dan berniaga kecil-kecilan.

Aku tahu ramai orang selalu jawab soalan macam ni, sebab aku pernah buat perkara yang sama dulu masa mula-mula menemuduga. Cara betul menjawab soalan temuduga tadi adalah macam ni :
Jawapan Betul : Saya merupakan seorang yang berkeyakinan serta seorang yang energatic dan boleh berkomunikasi dengan baik sekali. Pengalaman bekerja saya sebelum ini adalah dalam bidang masakan perhotelan telah menjadikan saya lebih confident dan berdaya saing. Pekerjaan saya sebelum ini menjurus kepada pembantu tukang masak berpangkat sous chef, memasak makanan yang dikehendaki dan mengawal operasi di bahagian dapur hotel. Dek kerana minat yang mendalam, saya juga telah menerima beberapa anugerah pencapaian terbaik dari pertandingan memasak yang lalu..


2. Kenapa Anda Berhenti Kerja Sebelum Ini?

Uishh, soalan ini lah yang di katakan agak KILLER yang boleh perangkap korang dengan soalan yang menusuk kalbu. Maklumlah, kalau korang betul-betul minat pekerjaan sebelum ini, kenapa berhenti kan? Jom tengok jawapan ni!

Jawapan Salah : Saya berhenti kerja dulu sebab tak tahan dengan tekanan kerja dan sikap boss yang terlalu mengongkong! Mereka suka beri aharan yang tidak masuk akal! Saya berhenti pun sebab masalah ini lah.

Korang janganlah memburuk-burukkan boss lama kita, mana tahu boss baru korang lebih kejam dari yang sebelumnya? Sejarah boleh berulang!

Sebab soalan tadi sengaja penemuduga menjerat korang dengan apa jawapan korang akan berikan nanti. Mereka bukan nak tahu sebab kenapa berhenti, tapi mereka nak tahu mengapa korang berhenti untuk memilih kerja baru ini
Jawapan Betul : Saya sudah lama berkerja di sana dengan banyak pengalaman sepanjang bekerja sebagai tukang masak. Dan kali kini, sudah tiba masanya untuk saya melangkah mencari dan mempelajari sesuatu yang baru untuk memantapkan lagi skill dalam bidang masakan saya ini. Tambahan pula, saya yakin Hotel ini dapat memberikan satu pengalaman baru buat saya.




3. Dimana Anda Lihat Diri Anda Dalam Masa 5 Ke 10 Tahun Akan Datang?


Jawapan Salah : 10 tahun lagi saya rancang untuk bercuti ke segenap benua Eropah!

Soalan ni selalu ditanya, agak biasa kedengaran. Awas! Korang jangan jawab main-main. Korang ingat, diorang nak ajak korang pergi bercuti 10 tahun lagi ke? Hehe! Jawab dengan betul okay!
Jawapan Betul : Dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang, saya mengimpikan sebuah Restoran Sendiri atas syarikat dibawah naungan saya sendiri. Sementara saya sudah mempunyai banyak pengalaman dalam industri perhotelan dan masakan ini, ketika itu saya rasa sudah sampai masanya saya melebarkan sayap untuk meluaskan lagi jajahan restoran saya di seluruh Malaysia.

4. Berapa Expected Salary Anda?

Soalan sungguh sungguh scary! Soalan ini menggambarkan sejauh mana sikap tamak korang tentang duit gaji. Hehe! Hati-hati dengan soalan tu ye! Jangan pula korang tamak sangat sampai minta gaji melebihi had kemampuan tanpa ada banyak pengalaman. Kalau korang fresh gradute takpayah demand sangat! Cari pengalaman dulu, gaji biar kita minta dalam biasa biasa sahaja.

Jawapan Salah : Pekerjaan saya sebelum ini, saya mendapat gaji RM3,000 jadi saya harap Hotel ini akan memberikan saya gaji sekurang-kurangnya RM3,500.
Jawapan Betul : Saya cenderung untuk melihat pembayaran gaji yang selaras dengan hasil kerja saya berikan. Saya yakin Hotel ini akan memberi bayaran setimpal dengan pangkat dan tanggungjawab yang bakal saya galas nanti. Melalui pengalaman kerja saya sebelum ini selama 5 tahun, saya yakin pihak hotel tahu untuk menilai gaji yang setimpal bersesuaian dengan kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Orite!! Selesai sudah Tips 4 Cara Jawab Soalan Temuduga. Senang je kan nak jawab? Sebenarnya, jawapan yang korang harus beri mestilah penuh dengan keyakinan dan nilai positif yang menampakkan impak win-win situation.

Jadi, enjoy reading and good luck untuk temuduga nanti ya!

EBOOK : PANDUAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN


3 comments.. read them below or add one

Nurul Shahira Nurul Shahira Mac 08, 2016
Soklan paling nazak nak jawab dulu masa interview adalah berapa gaji yang awak nak. Nak mintak tinggi sangat nampak sangat kejar duit, kang rendah sangat nampak desperate. Pengsan, hoho.
cik tom cik tom Mac 08, 2016
paling tak suka kalau time interview tu dapat interviewer yang kerek..control lembut je jawab..dalam hati rasa nak marah je..haha
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue April 04, 2016
Bagus tips ni, kekadang memang suka sangat jawap soalan dengan jawapan yang salah, patutnya kita impress kan penemuduga tu kan?