Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tips Memulakan Perniagaan Di Kampus Universiti Semasa Belajar


Tips Memulakan Perniagaan Untuk Mahasiswa
Note : Penulisan ini adalah hasil daripada saudara Abul Azlan Barakath
Buat semua pelajar Mahasiswa Mahasiswi yang ada hasrat untuk buat business di kampus. Saya nak kongsikan "Tips Mulakan Perniagaan Di Kampus Semasa Belajar" dengan modal yang rendah.

Okey, macam ini caranya...

  • Selepas tolak yuran pengajian etc, tinggal lagi dalam RM1.8K. (Ikut jurusan).
  • Asingkan siap-siap dalam RM300-RM400 ( paling maksimum) duit PTPTN tadi untuk business apa yang korang nak buat nanti.
  • Dapatkan dulu lesen perniagaan dalam kampus. Kalau di luar ada SSM, dalam Universiti pun ada prosedur. Patuh prosedur ! Tak usah berbusiness tipu2. Tak berkat nanti. (Lain Institusi, lain prosedurnya).
  • Lagi bagusnya, kalau semester depan nak buat business, semester ini dah selesai uruskan semua prosedur. Supaya, tak bazir semester depan. Masuk-masuk semester, terus buat business. Kan dah jimat masa. Gitu ! 
  • Cari business partner, paling kurang 2 orang & paling maksimum 3 orang. Jangan terlampau ramai, nanti akan menyerabutkan keadaan. Prinsip saya, (Alang-alang cari business partner, biar sampai naik pelamin)... Ahaks.
  • Cari member yang otak geliga pasal business dan ada "passion". Mereka yang cepat bangkit dari kegagalan. Member yang tak banyak 'songeh'. Sebab mereka ini, semangat memang tinggi & berkobar-kobar.
  • Kalau dua orang, dah ada RM RM800, kalau 3 orang dah ada RM1.2K sebagai modal. 
  • Kan senang ! Buat apa, nak join skim cepat kayap, yang belum tentu jamin pulangan ? Bila aku nasihat tak nak dengar. Jeng kreng.
  • Duduk bersama sesama business partner tadi dan brainstorm. Jangan ambil tempoh yang lama untuk brainstorm. Kongsikan idea & pendapat masing2. Buat kira-kira. Masa ini, curahkan semua yang ada dalam kepala otak. 
  • Fikir nak jual apa? Sasaran pengguna siapa nanti. Macam mana nak uruskan pemasaran produk yang kau nak jual. Siapa yang nak jaga financial. *Ini paling penting
  • Ada yang kata, business kecil pun nak kena jaga financial ke ? Mestilaa bang, kebanyakan student lingkup business, sebab pengurusan kewangan kelaut. Setuju ? 
  • Catatkan transaksi perniagaan harian di dalam buku. Buat dulu secara manual, kalau belum ada sistem.
  • Perkara paling penting akaun peribadi & akaun perniagaan jangan campur-aduk.
  • Contoh : Kalau kebiasaannya akaun peribadi yang digunakana adalah Bank Islam, untuk perniagaan jangan guna bank tersebut. Gunakan akaun bank lain. *Ini kaedah selamat dari berlaku sebarang penyelewangan.
  • Bagi saya, saya suka produk makanan yang semua orang boleh makan, termasuk student dari luar negara. Nak tahu sebab apa ? .... *lain kali saya cerita*
  • Dah ada produk makanan nak jual. Brainstorm gila2.. Akhirnya saya & partner saya pilih "Buah Potong". 
  • Haaaa.. Kan Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan, Abangla, Nigerian, Somalian, semua orang makan buah, melainkan anda ada alahan dengan buah. 

Okey, dah faham sampai sini ? Nak jual apa pun dah ada. Market segmentation pun dah ada. Seterusnya apa lagi ?. .. TINDAKAN !!!

  • Cari port orang ramai. Tengah-tengah institusi anda yang ramai orang lepak & tumpuan umum termasuk kaki tangan awam. Dan mulakan business anda. 
  • Bila diri anda & partner ada urusan peribadi, jangan pula tak jalankan perniagaan. 
  • Buka peluang perniagaan, kepada kawan-kawan yang duduk bilik tak tahu nak buat apa tu & bayar mereka per jam. Di samping buat business, kita juga belajar kawal macam-macam situasi. Heeee.... 
  • Apabila dapat untung sikit, jangan pula lepak kedai hipster setiap minggu. Sekali makan, mau cecah sampai RM50. 
  • Nak buat business, kena lawan nafsu. Maklumlah, jiwa anak muda, kuat memberontak. Tahan dulu nafsu tuu buat peringkat permulaan. 
Nota : Perniagaan makanan ( F & B) ini mungkin renyah bagi kebanyakan student, tapi pulangannys memang masyuk ! Kenapa saya yakin ? Sebab saya sendiri dah buat masa belajar. Senang kan nak buat business masa belajar ? 
→ Anda rasa bermanfaat dengan perkongsian saya ini, SHAREkan kepada anak muda di luar sana yang masih menuntut, biar mereka celik business & tidak terjerumus dalam mana-mana kancah skim .‪#‎supportmemberniaga‬

1 comment... add one now

cik tom cik tom Mac 08, 2016
dulu ciktom suka jugak berniaga waktu belajar..tapi tak amik lesen..tu pasal pernah kena saman dgn jpk..hahaa..