Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Trend Baju Kurung Pahang Terkini Hari Raya 2016


Trend Terkini Baju Kurung Pahang Hari Raya 2016


Sekarang ni ramai diantara pengusaha kilang jahitan pakaian perempuan sudah sibuk mendesign semua koleksi baju terkini dengan mengikut fesyen terbaru sempena hari raya yang bakal tiba nanti. Antara baju raya yang menjadi idaman semua gadis di luar sana adalah design terkini dengan rekaan terbaru baju kurung moden. Baca : Baju Kurung Moden Terkini 2016

Perempuan memang minat dengan fesyen terkini. Peredaran masa memainkan peranan penting buatkan seseorang itu mahu bergaya dengan baju yang baru serta cantik bila di pandang. Ada juga orang diluar sana suka follow trend terkini mengikut gaya design baju kurung dari artis untuk tahun 2016 ini. 

Biasalah, artis banyak dapat sponser baju terkini. Jadi ramai gadis berbisnes diluar sana mahukan contoh untuk tiru semula dan untuk dijual pada hari raya nanti.

Banyak-banyak baju kurung, aku sukakan baju kurung jenis corak songket / kebaya moden sebab ada gaya klasik tu yang nampak seseorang itu jauh lebih menawan segak bergaya. Bak kata rupa raja dan puteri di majlis perkahwinan. 

Sejarah Nama Baju Kurung Pahang

Baju Kurung Pahang atau Baju Kurung Riau Pahang merupakan sejarah yang di ambil sempena nama antara kedua negeri Riau dan Pahang. Disebabkan negeri Riau dan juga negeri Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan diantara politik dan budaya sosial yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya design potongan pakaian ini yang juga dinamakan sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Ia juga ada sedikit beza dengan pesak baju kurung, antara kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.



Fesyen Baju Raya Terkini Baju Kurung Pahang 2016
1. Butik Sireh Pinang
Baju Kurung Pahang Japanese Cotton Olive (Beli Sekarang)

Apa yang menarik dengan baju kurung ni, aku suka dari segi warna dia. Cantik dan sedap mata memandang. Aku ni lelaki, dan secara jujurnya aku suka tengok perempuan gayakan baju kurung pahang ni dengan warna lembut.

Ciri-ciri baju ini mengenai estetik oriental dengan Baju Kurung Pahang dari Butik Sireh Pinang. Diperbuat daripada kapas lembut Jepun dengan cetakan bunga yang cantik dan ia menampakkan korang lagi ayu menawan.


Fesyen Baju Raya Terkini Baju Kurung Pahang 2016
2. Butik Sireh Pinang
Baju Kurung Pahang Japanese Cotton (Beli Sekarang)

Ini sama saja jenis yang di atas, cuma corak dan warna dia lagi lembut. Ni sesuai dengan perempuan yang berkulit putih muka comel. Korang kalau pakai mesti lawa punya lah. Lagi-lagi jenis baju kurung pahang yang terkini untuk tahun 2016 banyak cantik-cantik belaka. Cuma kena pilih mana berkenan je. Baju kurung ini memilih pendekatan tradisional ala musim bunga. Ia juga disesuaikan daripada fabrik berasaskan kapas so kainnya yang sejuk buatkan korang lagi selesa bila memakai.


Sebenarnya ada banyak lagi jenis koleksi yang terbaru untuk fesyen terkini hari raya 2016 baju kurung moden dan sebagainya. Cuma kali ini aku post 2 keping gambar je untuk korang refer corak dan warna apa yang berkenan.

Bagi aku, aku suka tengok perempuan gayakan baju kurung dengan warna lembut dan jangan nampak sangat warna garang. Tak padan langsung kalau kulit gelap.

Baca Sambungan : 





0 comment... add one now