Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

2 Kereta Rentung 3 Maut Dalam Kemalangan Di Kampung Gelang Mas


2 Kereta Rentung 3 Maut Dalam Kemalangan Di Kampung Gelang Mas


Kejadian kemalangan berlaku di Pasir Mas Kelantan. Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar di Kampung Gelang Mas, Kelantan petang tadi.

Dalam kejadian kemalangan 2 kereta rentung dalam jam 2.20 petang itu, dua kepada mangsa yang menaiki kereta PROTON Iswara Aeroback telah ditemui rentung di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa yang memandu PROTON Wira juga meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).

Mangsa maut yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhammad Suhaimi Muhammad Nawi, 19, dan Muhd Faris Zulkifle, 23, manakala seorang lagi belum tahu lagi identitinya.

Mayat mangsa telah dihantar ke HPM untuk bedah siasat.

Menurut cerita dari saksi, kereta PROTON Iswara dikatakan dalam perjalanan dari Tumpat menghala ke Pasir Mas dikatakan telah dipandu dengan laju dan hilang kawalan setiba di lokasi kejadian sebelum bertembung PROTON Wira lalu terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim, berkata sebuah jentera bomba bersama lapan anggota telah dikejarkan ke lokasi tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan kes kepada polis.


0 comment... add one now