Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

300 Buah Rumah Terbakar Di Tawau Sabah

300 Buah Rumah Terbakar Di Tawau Sabah

300 Buah Rumah Terbakar Di Tawau Sabah


Kejadian berlaku di Tawau Sabah. Lebih daripada 3,000 orang penduduk hilang tempat tinggal mereka dalam kebakaran teruk yang memusnahkan kira-kira 300 buah rumah papan di Kampung Titingan dan Kampung Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah, awal pagi tadi 13.4.2016.

Kejadian ini berlaku kira-kira pada jam 1.30 pagi dan dipercayai telah bermula dari sebuah rumah di blok 10 Kampung Titingan sebelum api tersebut merebak dengan cepat sehingga api membesar dan memusnahkan puluhan lagi rumah di Kampung Habib Abdul Rahman, Tawau yang terletak bersebelahan.

Punca jadinya kebakaran 300 buah rumah terbakar di Tawau api merebak dengan cepat adalah disebabkan keadaan berangin selain kedudukan rumah yang mereka tinggal adalah rapat antara satu sama yang lain dan mengakibatkan api marak dengan cepat, namun tiada penduduk mengalami kecederaan. 

Penduduk Kampung Tanah Merah, Samsidar Tanang, 28, bersyukur kerana dia berjaya menyelamatkan diri bersama empat anaknya termasuk bayinya yang berumur empat bulan.
"Ketika kejadian kebakaran ini berlaku, suami tiada di rumah kerana bekerja syif malam. Sebaik menyedari rumah terbakar saya terus mendukung bayi dan membawa anak-anak keluar menyelamatkan diri.
"Semua barang kami gagal diselamatkan melainkan dokumen penting menyebabkan kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Habib Abdul Rahman dari Tawau Sabah, Encik Habib Ismail Habib Abdul Rahman, berkata setakat ini jam pada 11 pagi tadi lebih 3,000 orang mangsa telah mendaftar dengan agensi kerajaan yang terbabit.

Katanya, angka itu dijangka bertambah selepas semua ketua keluarga mendaftar dengan pihak berkuasa.
"Sebahagian daripada mangsa kebakaran di Kampung Habib Abdul Rahman, Tawau kini ditempatkan di Masjid Habib Rahman manakala mangsa yang lain menumpang di rumah saudara-mara dan jiran berhampiran," katanya.
Ketua Zon, Bomba dan Penyelamat Bahagian Tawau, Penguasa Kanan Bomba Ismaidi Ismail, berkata pihaknya telah menerima panggilan pada jam 1.33 pagi sebelum menghantar 34 ahli anggota bersama lima jentera bomba ke lokasi kejadian kebakaran.

Beliau berkata, bomba berdepan dengan kesukaran untuk memadamkan api berikutan tekanan air rendah.

Sumber : www.bharian.com.my

Video Kejadian 300 Buah Rumah Terbakar Di Tawau Sabah


300 Buah Rumah Terbakar Di Tawau Sabah

Kampung Titingan dan Kampung Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah



0 comment... add one now