Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini

Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini

Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini?


Kalau hari tu trending dengan viral Aiskrim Sumi sampai menjadi fenomena panas sehingga jiran tertangga kita di Indonesia pun terjebak dengan idea bisnes aiskrim malaysia dengan berinovasikan jelly sumi. Mereka disana panggil Es Krim Cumi Jelly.

Kali ini saya nak share sedikit koleksi terbaru resepi aiskrim malaysia yogurt yang mungkin bakal menjadi trending viral kot, kalau ada yang sudi sharelah kan?

Daripada kita terjebak dengan bahan-bahan manis seperti resepi aiskrim sumi yang banyak menggunakan susu dan gula sampai anda terlupa tahap kemanisan dalam badan!

Jangan sesekali takda penyakit cari penyakit sudahlah. Silap-silap kena sakit kencing manis atas sebab terlebih makan Aiskrim Sumi berkilo-kilo susu manis siap bergula lagi pekat dan likat!

Ada daripada mereka pentingkan kesihatan dan diet seimbang tapi tekak ada rasa nak makan Aiskrim Sumi. Bila tengok pada kandungan dan bahan-bahan, menjadi takut pulakan? Benda manis tak elok untuk kesihatan bagi mereka yang pentingkan diet kesihatan yang tinggi.

Ok, saya akan share beberapa resepi terbaru Aiskrim Malaysia berasaskan Yogurt dan buah tanpa ada susu lemak manis. Kali ini kita focus untuk kekal sihat dan memberi tenaga yang baik untuk badan dan juga khasiat makanan yang sempurna daripada buah-buah bervitamin tinggi.

Resepi Aiskrim Malaysia Yogurt Trend Terkini


Aiskrim Malaysia Yogurt Blueberry Trend Terkini

Blueberry & Lemon adalah gabungan yang saya suka dengan yogurt memberikan rasa masam dan berkrim.

1. Resepi Aiskrim Malaysia Blueberry Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ⅔ cawan (80g) - Buah blueberry
  • 1 ½ sudu teh - Madu
  • 1 sudu teh - Parutan kulit lemon


Langkah-langkah

  1. Ambil blender masukkan yogurt, buah-buahan, madu, dan parutan kulit lemon. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan aiskrim yogurt dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.
  5. Ia juga boleh bertahan sehingga 6 minggu.

Nota

Yogurt: Guna yogurt kosong tanpa lemak kerana ia baik untuk kesihatan.

Maklumat pemakanan

Kalori:  86
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  14g
Gula:  8g
Natrium:  38mg
Fiber:  1g
Protein:  9g
Kolesterol:  0




Aiskrim Malaysia Yogurt Pisang Trend Terkini

Pisang adalah buah-buahan paling terbaik bila campur bersama madu dan yogurt dan ia memberi rasa yang lazat berkrim berperisa pisang..

2. Resepi Aiskrim Malaysia Pisang Dan Madu Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • 1 pisang besar (kira-kira ¾ cawan / 90g)
  • 1 ½ sudu teh - Madu

Langkah-langkah

  1. Ambil pengisar, tambah yogurt, pisang dan madu. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.

Maklumat pemakanan

Kalori:  69
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  11g
Gula:  6g
Natrium:  33mg
Fiber:  0
Protein:  7g
Kolesterol:  3mg




Aiskrim Malaysia Yogurt Nutella Trend Terkini

Ini adalah rasa Nutella yang sangat popular dimasa kini. Ramai orang sukakan nutella lagi-lagi aiskrim nutella memang terbaik!

3. Resepi Aiskrim Malaysia Nutella Yogurt
  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ½ cawan (130g) - Nutella
Langkah-langkah
  1. Ambil pengisar, tambah yogurt dan Nutella. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.
Maklumat pemakanan
Kalori: 247 
Lemak: 12g 
Lemak tepu: 4g
Lemak tak tepu: 0 
Trans lemak: 0 
Karbohidrat: 26g 
Gula: 24g 
Sodium: 53mg 
Fiber: 1g 
Protein: 10g 
Kolesterol: 0





Aiskrim Malaysia Yogurt Mango Trend Terkini

Ini adalah campuran bahan buah Mango dengan Strawberry sebagai perasa fusion paling terbaik masam manis. Mango mempunyai tekstur berkrim dan apabila dicampukan dengan yogurt bersama strawberry ia akan membangkitkan lagi aroma bau yang menyeleraskan!

4. Resepi Aiskrim Malaysia Mango Dan Strawberry Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ⅓ cawan (30g) - Buah strawberi segar
  • ⅓ cawan (30g)  - Buah mangga segar
  • 1 ½ sudu teh - Madu

Langkah-langkah

  1. Ambil pengisar, tambah yogurt, strawberi, mangga dan madu. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.

Maklumat pemakanan

Kalori:  69
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  11g
Gula:  6g
Natrium:  33mg
Fiber:  0
Protein:  7g
Kolesterol:  3mg




Aiskrim Malaysia Yogurt Rasberry Trend Terkini

Cara terbaik untuk menggambarkan rasa seterusnya adalah manis dan berkrim. Buah Peach bersama Raspberi membangkitkan lagi waran dan rasa yang mengoda! Anda wajib cuba rasa masam manis ini.

5. Resepi Aiskrim Malaysia Peach Dan Rasberry Yogurt

  • 1 cawan (280g) - Yogurt tanpa lemak
  • ⅓ cawan (30g) - Buah raspberi segar
  • ⅓ cawan (30g) - Buah pic segar
  • 2 sudu teh - Madu

Langkah-langkah

  1. Ambil pengisar menambah yogurt, raspberi, pic dan madu. 
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam kantung plastik aiskrim malaysia atau acuan. 
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau sehingga beku.

Maklumat pemakanan

Kalori:  59
Lemak:  0
Lemak tepu:  0
Lemak tak tepu:  0
Trans lemak: 0
Karbohidrat:  8g
Gula:  6g
Natrium:  33mg
Fiber:  1g
Protein:  7g
Kolesterol:  3mg



Ok selesai sudah resepi berkhasiat untuk trend terkini aiskrim malaysia dengan warna dan rasa yang paling sedap di Malaysia! Biar trend semasa ikut diet semasa juga, jangan lupa pada kesihatan diri, jangan terlalu banyak makan benda manis sampai kita lupa penyakit berbahaya.

Jadi inilah resepi terbaik untuk mencuci perut anda dengan adanya yogurt ia dapat membantu menstabilkan segala unsur jahat yang berada dalam perut.

Kalau aiskrim sumi dengan susu, kita tukar aiskrim malaysia dengan yogurt! Baru sempoi!




0 comment... add one now