Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Baju Kurung Cotton Baju Raya 2016

Artikel yang lepas saya ada kongsi sedikit mengenai fesyen terkini untuk baju raya 2016, anda boleh rujuk artikel di sini. Bagi mereka yang mementingkan mutu dan kualiti terbaik untuk baju raya dengan design terbaru dan terkini anda boleh dapatkan baju rekaan dari Jovian Mandagie untuk Baju Kurung Moden di artikel saya yang lepas.

Hari ini saya nak kongsi sedikit fesyen baju terkini untuk hari raya tahun 2016 yang bakal tiba tidak lama lagi. Baju raya terkini untuk tahun 2016 jenis Baju Kurung Cotton sememangnya baju kurung cotton ini agak minimalis dan menjadikan ia trending sepanjang masa tak lapuk dek zaman. Orang ramai suka baju kurung jenis cotton ini disebabkan baju yang tahan lasak, senang untuk basuh dan mudah dijadikan pakaian harian untuk majlis-majlis tertentu atau pakaian wajib di setiap universiti yang mementingkan displin pakaian perempuan yang sempurna.

Baju kurung cotton ni ada macam-macam jenis kain. Ada juga jenis kain cotton yang murah dan ada juga yang menggunakan kain cotton yang mahal. Kalau kain cotton jenis mahal harganya lebih kurang dalam RM150-RM200 untuk sepasang baju kurung cotton yang dah siap dijahat. Kalau yang kain murah pula boleh dapat harga dalam RM20 untuk 4 meter.

Kita sememangnya tahu, Baju Kurung Cotton ini agak tebal jika nak dibandingkan dengan kain-kain licin yang lain. Jadi memang sesuai sangatlah kalau dipakai dalam kuliah sebab di dewan kuliah universitikan sejuk. Kelebihan yang ada, baju kurung kain cotton ini memang sesuai untuk dipakai bila kita berada dalam tempat yang agak sejuk sebagai meneutralkan semula suhu badan kita.

Baju Hari Raya tahun 2016 dengan pemilihan baju kurung cotton memang sesuai kepada mereka yang memilih dengan konsep beli siap dan terus pakai sebab ianya mudah serta selesa untuk pakai kemana sahaja. 

Dengan harga Baju Kurung Cotton yang murah menjadi pilihan terbaik untuk mereka yang mementingkan gaya minimalis.

5 Pilihan Fesyen Terkini Baju Raya 2016 Untuk Baju Kurung Cotton


Baju Kurung Cotton Warna Black Cream - Baju Raya 2016
Baju Kurung Cotton Warna Black Cream - Baju Raya 2016
Dengan pemilihan warna gelap dan bercorakkan warna cream yang agak kontras membuatkan si pemakai nampak lebih segak bergaya. Baju kurung ini selesai di pakai di pejabat dan juga di kuliah mahupun berada di majlis open house untuk Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Berminat dengan baju kurung ini? Anda boleh dapatkan ia dengan harga yang murah lagi berpatutan di sini.



Baju Kurung Cotton Warna White Red - Baju Raya 2016
Baju Kurung Cotton Warna White Red - Baju Raya 2016

2. Azka Collection - English Cotton Baju Kurung White Red

Corak lembut dengan bunga merah serta warna kain putih dapat meningkatkan lagi suasana ceria dan manis bila di pandang, saya sebagai lelaki memang suka tengok pakaian perempuan jenis baju kurung cotton dengan corak minimalis dengan warna lembut dan menawan. Kalau anda suka dengan baju kurung ini anda boleh dapatkan di sini.



Baju Kurung Cotton Warna Emerald Green Maroon - Baju Raya 2016
Baju Kurung Cotton Warna Emerald Green Maroon - Baju Raya 2016

3. Azka Collection - Baju Kurung English Cotton Emerald Green Maroon

Warna hijau Emerald adalah warna pilihan trend terkini untuk tahun ini. Ramai diantara kita menang sukakan warna hijau emerald ni kerana warnanya agak mengoda dan senang untuk dijadikan sebagai satu tarikan karisma yang tinggi. Corak bunga pula dipadankan dengan waran Maroon dengan kelopak warna cream menjadikan ia nampak lebih elegen. Macam mana? Mesti tertarik nak beli baju kurung ini bukan? Jika anda nak beli baju ini anda boleh buat pembelian di sini.



Baju Kurung Cotton Warna Black Red - Baju Raya 2016
Baju Kurung Cotton Warna Black Red - Baju Raya 2016

4. Azka Collection - Baju Kurung English Cotton Black Red

Untuk warna kain baju gelap dipadankan dengan corak bunga yang simple merah dan putih menampakkan lagi gaya elegen yang mengoda. Walaupun ianya gelap tapi adanya corak bunga merah dan putih menampakkan lagi seri si pemakai untuk memakai baju kurung cotton ini. Jika anda berminat untuk dapatkan baju kurung cotton ini, anda boleh buat pembelian di sini.



Baju Kurung Cotton Warna Blue Pink - Baju Raya 2016
Baju Kurung Cotton Warna Blue Pink - Baju Raya 2016

5. Azka Collection - Baju Kurung English Cotton Blue Pink

Ini dia warna paling saya suka, warna lembut biru bersama bunga warna pink membuatkan anda kelihatan lembut ayu menawan. Baju ini juga dapat membuatkan si pemakai nampak kelihatan comel! Jika anda berminat untuk dapatkan baju kurun cotton warna dan corak terbaik ini, anda boleh dapatkan ia di sini.


Cukup sudah 5 terbaik dengan koleksi pilihan baju kurung cotton dari Azka Collection terkini dengan corak dan warna yang menawan sempena Baju Raya 2016 yang bakal tiba tidak lama lagi.

Jadi anda buatlah pilihan terbaik untuk beli secara online atau pun beli di kedai biasa. Jika saya, saya lebih suka beli secara online kerana harganya jauh lebih murah berbanding harga di kedai berhampiran. Nak dapatkan harga termurah adalah dengan menggunakan kupon diskaun hari raya dari Zalora Malaysia!

Bacaan Seterusnya :
Baca : Baju Kurung Moden Minimalis Baju Raya 2016
Baca : Baju Raya 2016 Terkini Dari Jovian Mandagie Untuk Baju Kurung Moden
Baca : Baju Kurung Raya 2016 Dengan Fesyen Trend Terkini
Baca : 7 Tempat Terbaik Untuk Shopping Online Hari Raya 2016








0 comment... add one now