Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Jambatan Runtuh Lori Bomba Jatuh Sungai

Jambatan Runtuh Lori Bomba Jatuh Sungai

Jambatan Runtuh Lori Bomba Jatuh Sungai


Berita berlaku di Kudat Sabah 11.4.2016. Tujuh anggota bomba selamat, selepas jentera yang dinaiki mereka jatuh  ke dalam sungai apabila jambatan kayu yang dilalui itu rapuh dan patah, dalam kejadian ini berlaku di Kampung Korina, Sikuati, Kudat, Sabah di sini petang tadi pada tarikh 11.4.2016.

Kejadian ini berlaku kira-kira pada jam 2 petang, jentera bomba yang dinaiki sedang dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran lalang di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Khairul Azuwan Ibrahim, mengesahkan kejadian "jambatan runtuh lori bomba jatuh sungai" berkata tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh anggota bomba yang terbabit.
"Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk memadam kebakaran lalang di kawasan Sikuati, Sabah selepas balik dari operasi memadam kebakaran di tempat lain sebelum itu," katanya di sini sebentar tadi. 
Khairul Azuwan berkata, kejadian seperti itu adalah antara risiko dihadapi anggota bomba dan penyelamat dalam menjalankan tugas mereka.

Sumber : www.bharian.com.my

1 comment... add one now

YB Shehan YB Shehan April 12, 2016
uish.. sure cuak masa nak terbalik tu