Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Lelaki Maut Kena Langgar Tren KLIA Express

Lelaki Maut Kena Langgar Tren KLIA Express


Di Kuala Lumpur, seorang lelaki maut dilanggar tren KLIA Ekspres untuk melintas di landasan kereta api belakang Stesen LRT Sungai Besi, Selangor di sini pagi tadi pada tarikh 11.4.2016.

Dalam kejadian kemalangan maut lelaki kena langgar dengan tren KLIA Ekspress ini berlaku pada jam 6.07 pagi itu, Lee Ah Lai, 58, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah dibahagian kepala selain putus kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata,
Pemandu kereta api laju itu perasan ada melanggar satu objek ketika dalam perjalanan dari KL Sentral ke KLIA namun tidak pasti apa objek berkenaan.
Katanya lagi, perkara itu telah dimaklumkan kepada pusat kawalan KLIA Ekspres dan kemudiannya mengarahkan pemandu kereta api tersebut untuk memeriksa kawasan itu ketika melalui laluan berkenaan sebelum ternampak tubuh mangsa dalam longkang.
"Petugas di pusat kawalan KLIA Ekspres kemudiannya memaklumkan tentang kejadian ini kepada pihak polis pada jam 8.30 pagi. Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa tercampak kira-kira 25 meter ke longkang dari lokasi rempuhan.
"Kepala mangsa yang meninggal itu pecah, gigi bertaburan serta kaki kanannya separas lutut putus dan sehingga kini belum ditemui," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Polis percaya mangsa cuba melalui jalan berkenaan untuk melintas dari LRT Sungai Besi melalui satu pintu pagar yang tidak ditutup rapi.

Selain itu, katanya, polis percaya bahawa mangsa merupakan pesakit psikiatri kerana pihak polis telah menemui satu kad rawatan dari Klinik Psikiatri Hospital Bukit Mertajam tertera nama mangsa.




0 comment... add one now