Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Lelaki Warga Nepal Maut Di Melaka Tersepit Mesin Penghancur Besi

Lelaki Warga Nepal Maut Tersepit Mesin Penghancur Besi Di Melaka

Lelaki Warga Nepal Maut Tersepit Mesin Penghancur Besi Di Melaka


Kejadian berlaku di Melaka 11.4.2016. Seorang pekerja lelaki warga Nepal maut ditempat kejadian dalam keadaan badan dan kepala mangsa warga nepal  hancur berkecai akibat tersepit dengan mesin penghancur besi di salah sebuah kilang besi yang di Krubong, Melaka, pagi tadi.

Kejadian berlaku dalam kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa warga nepal merupakan pekerja kilang yang berusia 26 tahun dan dipercayai cuba menarik salah satu besi yang tersekat di dalam mesin penghancur ketika mesin itu sedang beroperasi.

Difahamkan, mangsa warga nepal maut tersepit dengan mesin penghancur besi di Melaka ini turut ditarik oleh mesin tersebut ketika mencapai besi dan telah menyebabkan dia tersepit ke dalam mesin berkenaan.

Komander operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Dzulkarnain Abd Halim, berkata sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Ayer Keroh Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9.18 pagi pada 11.4.2016.

"Setiba di lokasi kejadian, kami dapati seorang mangsa maut lelaki warga Nepal telah tersepit dan kami terpaksa menggunakan alat teleskopik ram untuk merenggangkan penggulung besi pada mesin di tempat mangsa tersepit sebelum menarik mangsa keluar dalam tempoh hingga 15 minit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : www.utusan.com.my

0 comment... add one now