Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Mr OS Meninggal Dunia


Berita Terkini Punca Mr Os Meninggal Dunia 8.4.2016


Mr Os meninggal dunia pada 8 April 2016. Beliau Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang Jumaat di Hospital Selayang.

Berita terkini ini telah disahkan oleh anak perempuan Allahyarham , Husna Yusof menerusi laman Facebook.
"Allah..Allah..Allah..
Perginya seorang seniman Mohd Yusof bin Abdul Hamid @ Mr.Os buat selama2nya.. Allah beri hari yg terbaik,waktu yg terbaik di Usia nya 55 tahun..
Kau ampunkan segala dosa2nya, kau tempatkan Abah dikalangan orang-orang yg beriman..
Kita jumpa disana Abah..Abah pergi dengan tenang dan berwudhuk selepas solat tadi..
Kami semua sayangkan Abah.." petikan dari anak Allahyarham Mr Os.
Menerusi kata dari Husna, ayahnya Mr Os telah meningga dunia punca daripada akibat sesak nafas dan susulan ayahnya juga menghidapi kanser paru-paru pada peringkat akhir. Sebelum ini, Allahyarham Mr Os pernah menjalani pembedahan tonsil.

Jenazah Allahyarham Mr OS akan dibawa pulang ke rumah kediamannya di Gombak untuk buat tatapan terakhir. Majlis pengurusan serta sembahyang jenazah bakal dilangsungkan bertempatan di Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah, Batu Caves Selangor.


Biodata Mr Os Pelawak Komedi Meninggal Dunia 8.4.2016


  • Nama Penuh: Mohd Yusof bin Abdul Hamid
  • Umur: 65 Tahun
  • Asal: Perak
  • Tahun Kelahiran: 1951
  • Pekerjaan: Pelawak/ Komedi
  • Tarikh Meninggal: 8 April 2016 (Jam 2.50 Petang Jumaat)
  • Punca Kematian: Kanser Paru Paru (Peringkat Akhir)

Al fatihah...




0 comment... add one now