Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Nahas Lima Kenderaan 2 Cedera 1 Maut Kemalangan Di Kuala Kangsar

Nahas Kemalangan Lima Kenderaan 2 Cedera 1 Maut Di Kuala Kangsar
Nahas Lima Kenderaan 2 Cedera 1 Maut Kemalangan Di Kuala Kangsar

Nahas Lima Kenderaan Kemalangan Di Kuala Kangsar


Kejadian berlaku di Kuala Kangsar Perak. Seorang mangsa kemalangan di Kuala Kangsar maut manakala dua daripada mereka cedera termasuk seorang daripadanya parah dalam nahas membabitkan kemalangan dari sebuah lori dengan empat kereta di Kilometer 256.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Terowong Menora, dekat sini, pagi tadi 16.4.2016.

Mangsa kemalangan di Kuala Kangsar yang meninggal dunia ialah Sabariah Mohamad, 56, manakala Nurul Nabihah Nasir, 24, cedera parah.

Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Abdul Razak, 26, cedera ringan.

Punca kejadian kemalangan, lori berkenaan merempuh tiga kereta PERODUA Myvi dan sebuah Toyota Vios.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, ketiga-tiga mangsa merupakan pemandu dan penumpang satu daripada PERODUA Myvi berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Pegawai Bomba Kanan ll Abdul Halim Mat Siga, berkata pihaknya telah menerima maklumat tentang kemalangan pada jam 11.27 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian katanya, hanya empat kereta yang terbabit dalam kemalangan ditemui manakala lori berkenaan tiada di tempat kejadian.
"Kita menemui ketiga-tiga mangsa dalam sebuah Myvi biru dalam keadaan tersepit berikutan besi penghadang jalan tertusuk pada cermin depan.
"Pemeriksaan mendapati pemandu lelaki yang berusia 26 tahun cedera ringan dan penumpang wanita di kerusi hadapan yang berusia 24 tahun tersepit dalam kemalangan terbabit.
"Seorang penumpang di belakang yang berusia 56 tahun mangsa kemalangan didapati sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Beliau berkata, anggota penyelamat menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit dan menyerahkan kepada ambulans Pasukan Kecemasan dan Menyelamat (EMRS) bomba bagi dihantar ke hospital.


Nahas Lima Kenderaan 2 Cedera 1 Maut Kemalangan Di Kuala Kangsar

0 comment... add one now