Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Pelajar Retak Tulang Leher Sebab Dipukul Senior


Seorang pelajar dari tingkatan tiga didi sebuah Sekolah Menengah di Pengkalan Chepa ditendang oleh senior sehingga retak tulang leher Aiman Hazim Zulkeflee.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 4 petang, Aiman Hazim Zulkeflee mengaku yang dia telah ditendang di leher dan dagu sehingga terjatuh sebelum pengsan oleh pelajar seniornya dari tingkatan empat di Sekolahnya di Pengkalan Chepa.

Mangsa pelajar Aiman Hazim Zulkeflee patah tulang leher ini kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa oleh pihak sekolah sebelum dia dirujuk di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Bapa kepada mangsa, Zulkeflee Yaacob, 40, seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim menerima makluman mengenai kejadian itu dari isterinya, Siti  Noor Sidin Ahmad, 43.
"Saya bergegas pulang ke Kota Bharu untuk melihat keadaan anak saya.
"Sebelum ini dia ada ada memaklumkan tidak mahu ke sekolah, tetapi saya tidak menyangka kejadian seperti ini berlaku ke atas anak saya," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Kata Zulkeflee Yaacob, anaknya itu seorang pendiam dan tidak pernah melakukan kesalahan atau melanggar disiplin sekolah.
"Jika anak saya salah, saya rela anak dibuang sekolah tapi kalau sebaliknya, saya mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku berkenaan," katanya.



Sekarang ni banyak kes buli berlaku, hinggakan pihak sekolah tidak dapat mengawal tingkah laku seorang pelajar. Mana tidaknya, salah satu penyebab pembuli ini wujud adalah kekurangan kasih sayang daripada mak bapak mereka.

Pembuli diluar sana, tolonglah faham cuba fikir masa depan anda bagaimana, jika anda terus sikap membuli sampai bila? Sampai masuk sekolah juvana baru nak sedar? Kalau tak sedar lagi bagaimana? Hancur masa depan kalau kes berat berlaku susah nanti.

Ambil contoh, kalau anda buli sampai mati orang itu bagaimana? Mak ayah anda akan tanggung malu. Anda pula akan disabitkan kesalahan besar. Masuk sekolah juvana atau penjara? Pilih mana satu.




0 comment... add one now