Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

5 Pelajar UMK Jatuh Gaung Kerana Selfie Di Bukit Keluang

5 Pelajar UMK Jatuh Gaung Kerana Selfie Di Bukit Keluang

Kejadian berlaku di Jertih Terengganu. Lima pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang mengambil gambar selfie terjatuh dari puncak Bukit Keluang, Terengganu, ketika mereka menyertai aktiviti pendakian seramai 20 orang pelajar lain, tengah hari tadi.

5 Pelajar UMK jatuh gaung iaitu dua lelaki dan tiga perempuan berusia 20 tahun, dikatakan telah pergi ke bukit berkenaan pada kira-kira jam 1 tengah hari untuk menyertai aktiviti pendakian.

Lima pelajar daripada mereka dikatakan tergelincir ketika masing-masing sedang mengambil gambar selfie dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian kemalangan itu berlaku pada jam 1.15 tengah hari dan lima daripada anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja bergegas ke lokasi kemalangan di tempat kejadian.
"Hingga petang ini, dua daripada pelajar yang terlibat daripada kemalangan jatuh gaung, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan telah berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
"Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa," katanya.

5 Pelajar UMK Jatuh Gaung Kerana Selfie Di Bukit Keluang

0 comment... add one now