Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Malaysia

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


Dulu saya kurang yakin dengan pembelian secara online ni, lagi-lagi bab harga jatuh kepada ratusan ringgit untuk sebuah smartphone. Tapi keterujaan saya untuk memiliki sebuah smartphone daripada jenama Xiaomi buatkan saya nekad untuk beli tanpa rasa ragu-ragu dengan pemikiran negetif terhadap review orang ramai tentang service penghantaran pihak Mi Malaysia lambat dan sebagainya.

Siapa tak takutkan, kalau kita beli phone secara online dengan bayaran ratusan ringgit untuk kali pertama. Mestilah rasa jantung saya ni berdetak dengan lebih kencang.

Rasa gabra ok!

Otak banyak fikir dengan memikirkan perasan takut jika phone hilang semasa proses penghantaran sedang dilakukan macam mana? Otak ni terlalu memikirkan barang tidak sampai, kalau barang rosak pun susah. Itu menyebabkan saya rasa tidak selesa buat kali pertama mahu membeli phone secara online.

Tapi saya tolak ketepi, biar perasaan takut itu saya alami sendiri.

Dengan niat untuk beli Xiaomi model Mi4i buat kali pertama pada 28.5.2015 dengan bayaran cash melalui Maybank2u buatkan rasa diri ini puas dengan gembiranya. Ini adalah pengalaman rasa teruja, sebab pertama kali beli phone melalui online di website rasmi Mi Malaysia.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia

Kelebihan Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


Kelebihan bila kita beli phone di Xiaomi Mi Malaysia ni, kita akan dapat cover warranty khas dari Mi Malaysia Official punya untuk 1 tahun (tertakluk terma dan syarat)

Ingat!
Jika anda beli imported set / AP Set device untuk phone Xiaomi mungkin anda akan dapat warranty 1 tahun, TAPI Mi Malaysia tidak ada hak pemberian claim warranty atas barangan smartphone AP Set / Imported Set phone dari pihak ketiga
Ia hanya sah laku claim warranty dimana anda beli sahaja.

Contoh :
Kalau anda beli di DirectD untuk phone Xiaomi jenis AP SET / Imported Set, kemudian selang beberapa minggu phone itu rosak atau sebagainya anda tidak boleh claim warranty atas pihak Mi Malaysia. Sebab pertama, anda telah beli phone AP SET / Imported Set dari DirectD.

Jadi anda kena claim warranty dekat DirectD sahaja jika ada kerosakan.


Macam Mana Nak Claim Warranty Xiaomi Malaysia?

Apa yang menarik kalau beli barangan dari Official Mi Malaysia kita boleh claim warranty jika ada kerosakan atau sebagainya. Anda boleh buat rujukan di bawah ini.

Cara buat semakan Xiaomi Warranty Mi Malaysia boleh rujuk di sini.

Kelebihan seterusnya dari segi harga. Harga dari website rasmi Xiaomi Malaysia adalah jauh lebih murah berbanding harga dari pihak ketiga. Ini adalah kelebihan paling ketara, sebab harga dari pihak ketiga ada yang mahal diantara RM50-RM200 untuk seunit.


Berapa Lama Tempoh Masa Penghantaran Dilakukan?


Bagi pengalaman pertama saya beli phone secara online di Mi Malaysia adalah model Xiaomi Mi4i White 16G dengan harga RM749 termasuk GST amatlah menyenangkan. Tempoh yang diambil untuk sampai ke rumah adalah lebih kurang dalam 5 hari sahaja.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


  • Buat tempahan pada 28.5.2015.
  • Buat pembayaran pada 28.5.2015
  • Proses pembungkusan pada 29.5.2015
  • Masa penghantaran pada 29.5.2015
  • Tempoh menunggu pada 30.5.2015
  • Tempoh menunggu pada 31.5.2015
  • Sampai rumah pada 1.6.2015


Ambil masa 5 hari sahaja dari awal pembayaran sehinggalah sampai ke rumah dengan menggunakan courier company dari CITYLINK.

Jujur cakap, saya lebih gemar mereka hantar menggunakan CITYLINK. Sebab Citylink menjalankan service dan tanggungjawab dengan pantas sekali. Kalau penghantaran melalui GDEX, al maklumlah barang kalau terlewat sikit boleh delay 1 minggu. Saya pernah terjadi situasi macam itu dahulu untuk pembelian phone seterusnya iaitu Xiaomi Redmi 2 Enhanced White 16G.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia


Phone seterusnya saya beli model Redmi 2 Enhanced White 16G pada tarikh 9.8.2015 dengan harga RM493 termasuk sekali harga dengan Mi Power Bank 5000mAh. Waktu itu beli phone ini sebab terpengaruh dengan harga bajet bersama saiz yang compact itu punca saya beli untuk dijadikan phone backup kecemasan.

Pengalaman Beli Phone Xiaomi Di Mi Malaysia

Dan kali ini buat kali kedua saya membeli phone Xiaomi yang sama iaitu model Mi4i tapi bezanya cuma warna sahaja. Saya pilih warna GREY dan spesifikasi dalaman tetap sama macam biasa. Sebelum ini saya sudah beli warna WHITE dan kali ini beli pula warna GREY. Sebab kenapa dan mengapa saya beli untuk kali kedua adalah dengan alasan sebab warna GREY nampak lebih smart! Itu punca saya terbeli sekali lagi pada tarikh 25.8.2015 dengan harga RM749 termasuk GST.



Pengalaman Beli Xiaomi Redmi Note 3 Di Mi Malaysia

Dan kali ini untuk tahun 2016, tarikh 6.4.2016 akan saya beli sekali lagi untuk kali ke 4 pembelian phone Xiaomi secara online di website Mi Malaysia. Kali ini saya tertarik dengan model terbaru dari Xiaomi Redmi Note 3, anda boleh rujuk spesifikasinya di sini.

Pengalaman Beli Xiaomi Redmi Note 3 Di Mi Malaysia


Pengalaman Beli Redmi Note 3 Di Mi Malaysia


Hari ini selesai pembelian Xiaomi Redmi Note 3 dengan versi 2GB RAM punya dengan harga RM749 termasuk GST bersama free gift patung kecik Mi Bunny. Tepat jam 11.50 am saya dah standby depan laptop siap-siap sebab saya tahu time flash sale dari pihak Xiaomi Malaysia akan habis cepat, Out Of Stock kurang daripada 5 minit.

Untuk versi 3GB RAM, tak sampai 1 minit dah Out Of Stock! Ramai orang mengeluh. Biasalah Xiaomi memang laku keras, siapa cepat dia dapat!

Tak macam marketing tudung fareeda tu, siap buat video konon tudung laku keras padahal tudung biasa-biasa saja.


Nasib baik saya sempat buat pembelian, akhirnya saya sempat grab untuk versi 2GB Ram punya. Cara beli Xiaomi Redmi Note 3 di Mi Malaysia senang saja, ikut saja step by step yang dia berikan.

Cara Buat Pembelian Di Mi Malaysia





  • Pertama pilih jenis model phone.
  • Kemudian, tekan Buy Now.
  • Lepas itu masuk terus ke My Cart.
  • Tekan pula Check Out





  • Pilih pula cara pembayaran.
  • Saya pilih pembayaran guna Maybank2u
  • Lepas tu terus buat pembayaran secara online seperti biasa.



  • Bila pembayaran sudah selesai, dia akan bagi notifikasi seperti di atas ini.



Proses Carta Aliran Tempoh Masa Yang Di Ambil Selepas Pembelian Phone Di Mi Malaysia


Selepas beli phone di Mi Malaysia, anda boleh buat semakan status di Order Details. Klik saja di situ, nanti dia akan tunjukkan proses carta aliran bila waktu dan tempoh masa yang di ambil untuk sampai ke rumah.


Selepas proses pembayaran selesai, klik "My Order" di sebelah atas kanan. Lepas itu anda boleh tengok gambaran pembelian tersebut.

INGAT! 
Jangan sesekali tunjukkan detail Order Number kepada orang ramai. Sebab itu adalah tracking order number pembelian anda.


Untuk kali ini, proses pembungkusan agak laju dan cepat berbanding tahun yang sebelumnya. Sebelum ini mereka ambil masa tempoh 24jam bekerja untuk proses pembungkusan dalam kategori "Processed".

Kali ini untuk pembelian Redmi Note 3, masa yang di ambil tidak lebih dari 2 minit. Tempoh waktu yang agak cepat berbanding dahulu.

Sekarang ini tunggu proses Shipped sahaja. Sama ada mereka hantar menggunakan Citylink atau Gdex. Saya lebih suka mereka hantar guna Citylink, sebab cepat dan pantas perkhidmatan Citylink.

Dimana nak cari casing case dan tempered glass terbaik untuk Xiaomi Redmi Note 3 di Malaysia? Saya cadangkan anda baca artikel saya sebelum ini di sini.





Jenama casing IPAKY paling terbaik sekali untuk mereka yang mahu protect phone daripada jatuh dan calar. Casing ni tidak tebal dan tidak terlalu over design, ianya simple dan kelihatan lebih premium.

Apa yang menarik, casing phone jenama IPAKY ni sedap untuk dipegang, susah tergelincir sebab belakangnya diperbuat daripada getah premium berkualiti tinggi. Di bahagian tepi pula dikelilingi plastic yang keras anti calar dan anti pudar warna. Sebab itulah saya pilih jenama IPAKY, kerana saya tahu kualiti terbaik dari jenamanya dengan harga murah lagi berpatutan.

Anda boleh rujuk artikel saya sebelum ini tentang jenama casing dan tempered glass terbaik di Malaysia. Boleh lihat di sini.


Penghantaran Pos Melalui Fedex Malaysia


Kali ini untuk pembelian kali ke 4 beli phone jenama Xiaomi untuk Redmi Note 3 beli dekat Mi Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran barang daripada company FEDEX.

Setiap kali saya beli mesti dapat company berbeza-beza, hari ini saya suka pula dengan penghantaran dari FEDEX.

Dengan check tracking number dia yang mudah dan senang faham, buatkan saya senang nak tahu kedudukkan semasa dan waktu dimana proses aktiviti Fedex Malaysia sedang berlangsung.


Sepatutnya phone Xiaomi Redmi Note 3 akan sampai 7.4.2016 pada sebelah petang pada jam 3. Tapi disebabkan saya berada di Penang bahagian Seberang Perai Selatan, mungkin faktor lambat ini berpunca daripada kesesakkan lalulintas yang berada di kawasan sebelah pulau dan sebelah perai.

Biasalah hari kemuncak orang balik kerja dan orang keluar makan tengah hari selalunya akan sesak di pintu masuk dan pintu keluar di kawasan jambatan pulau pinang tu.

So saya tunggu saja lah esok macam mana ye...


Hari Sabtu 9.4.2016 Redmi Note 3 Sampai Ke Destinasi


Yay! Hari penantian sudah tiba thanks Fedex Malaysia sebab menghantar dengan jayanya walaupun lewat beberapa hari. Saya jangkakan penghantaran sampai ke rumah pada hari Khamis sebab tengok dari transit sudah ada di Bayan Lepas Penang. Rupanya dia check in di Fedex Warehouse selama 2 hari.



Hari sabtu baru mereka gerak buat delivery, tepat jam 3 petang sudah terima bungkusan dari Fedex Malaysia.

Terbaik lah!














Ok selesai sudah hari menanti hari.

Beli hari Rabu - 6 April 2016
Penghantaran hari Rabu - 6 April 2016
Masa menunggu hari Khamis dan Jumaat - 7 - 8 April 2016
Sampai rumah hari Sabtu - 9 April 2016

Masa diambil 3 hari sahaja.





4 comments.. read them below or add one

mrhanafi mrhanafi April 08, 2016
untungnya bro ada rezeki yang murah untuk selalu membeli telefon baru..
Tanpa Nama Tanpa Nama Jun 01, 2016
Penghantaran dibuat pd hri yg sama ke dgn hri pmbelian
Wanz Mejuez Wanz Mejuez Jun 01, 2016
Kalau kita beli sebelum pukul 3 petang, dia akan buat pembungkusan pada hari yang sama pada jam 10 malam macam tu.

Penghantaran pada esok harinya.

Jangka sampai ke rumah, ambil masa 3 ke 5 hari.

>_<
rufufu rufufu Disember 09, 2016
salam saudara, apa perkembangan fon2 yg beli haritu? ada masalah?