Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Polis Arah Batal Ceramah Zakir Naik Di UTeM Melaka

Polis Arah Batal Program Zakir Naik Di UTeM Melaka

Polis Arah Batal Program Zakir Naik Di Melaka 


Di Kuala Lumpur, Polis telah menyarankan supaya penganjur membatalkan forum dari tokoh penceramah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, pada 17 April 2016 ini.

Punca Kenapa Forum Program Ceramah Zakir Naik Di UTeM Melaka Dibatalkan?


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid, berkata
"Forum tentang persamaan di antara agama Hindu dan Islam wajar tidak diteruskan bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga.
Katanya lagi, pihak polis berpendapat forum tersebut yang membincangkan tentang dua agama berbeza itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Kami akan memanggil penganjur forum tersebut untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, sebentar tadi.

Saya tanya anda, kalau konsert luar Salena Gomez boleh diadakan joget lampau, artis korea senang lenang mengadakan party konsert dengan peminat, tapi kenapa soal agama dinyatakan sebab atas dasar "tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama di negara ini."

Fikirkanlah, kita di Malaysia semakin nazak dengan budaya melampau sehinggakan parti politik kita sendiri pun terumbang ambing. Takkanlah soal agama ini pun nak diperlekehkan?

Ini namanya forum untuk bercerita tentang kebaikan dan perbezaan serta informasi tentang agama islam dan juga persamaan agama hindu dan agama islam.

Tak salah kalau ilmu untuk diterapkan kepada minda yang lalai dengan hiburan luar semata-mata untuk diisi semula dengan input yang bermanfaat.

Kita ni sebenarnya sudah kosong dengan jiwa agama. Kita terlalu agongkan konsert luar yang melalaikan sampai kita sendiri rasa keliru dengan apa yang kita ada sekarang ini. Isu politik negara kita pun semakin nazak. Apa nak jadi?


0 comment... add one now