Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Ramasamy Hina Zakir Naik Setan Mohon Maaf

Ramasamy Hina Zakir Naik Setan Mohon Maaf

Ramasamy Hina Zakir Naik Setan Mohon Maaf


Lokasi berita di Georgetown Penang. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof P Ramasamy memohon maaf kepada semua pihak kerana beliau menggelar pendakwah terkemuka dunia dari India, Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan / setan'.

Dalam kenyataannya tengah hari tadi, beliau mengaku telah menggelar Dr Zakir sebagai 'syaitan / setan' di akaun Facebook miliknya semalam, kerana berasakan penceramah itu telah menghina agama lain.

Beliau, bagaimanapun memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam di negara ini dan mengakui kesal kerana mengeluarkan kata-kata dengan perkataan berkenaan.
"Saya sedar perkataan 'syaitan / setan' tidak sesuai dan saya sudah padam perkataan itu daripada Facebook saya. Perkataan itu hanya ditujukan kepada individu itu sahaja, saya menyesal sekiranya penggunaan perkataan 'syaitan' menimbulkan ketidakselesaan dan kemarahan masyarakat Islam di Malaysia.
"Ini sama sekali bukan niat saya, kerana saya menghormati semua agama di negara ini," kata Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai.
Sumber : www.bharian.com.my


Boleh saya cakap, terlajak kata binasa. Inilah padahnya bagi mereka yang rasa dirinya sempurna tanpa memikirkan individu beragama Islam yang lain. Istilah Syaitan itu ibarat menghina sehina-hinanya. Ramasamy patut sedar dengan siapa dia bercakap dan dimana dia berada.

Di Malaysia ini berbilang bangsa dan berbilang agama, jadi janganlah sesuka hati meletakkan istilah "setan" untuk menghina secara keji secara terbuka lebih-lebih lagi status di media sosial.

0 comment... add one now