Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Melaka

Kebakaran rumah yang menyebabkan seorang mangsa Pengusaha Restoran
rentung dalam kejadian kebakaran di Taman Seri Paya Rumput 2, Melaka

Di Melaka, Seorang lelaki pengusaha restoran rentung selepas terperangkap di dalam bilik air rumahnya semasa kejadian kebakaran yang berlaku di Taman Seri Paya Rumput 2, Melaka petang tadi 11.4.2016.

Kejadian kebakaran ini berlaku kira-kira jam 5.15 petang dan mangsa yang bernama Saleem Madumu Kkil Parambil, 50-an, yang juga merupakan warga India terperangkap di dalam bilik air di bilik tidur utama tingkat atas rumah teres dua tingkat itu, namun dipercayai mangsa gagal menyelamatkan diri.

Isteri mangsa bernama Junaidah Hatta, 43, juga bersama ibu mertuanya, Kamisah Muin, 60, masing-masing melecur 20 peratus di bahagian angota belakang badan dan sesak nafas, walau bagaimanapun mereka berjaya menyelamatkan diri.

Difahamkan, isteri kepada mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan jiran tertangga dan beberapa anggota bomba yang tiba di lokasi menerusi jeriji tingkap di bilik tidur tingkat atas manakala mertuanya pula yang berada di bahagian tingkat bawah diberi bantuan alat pernafasan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Adli Abdul Rahman, berkata sepasukan  seramai 11 anggota bersama dua jentera yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Roslan Manas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 5.21 petang pada 11.4.2016.
"Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke sepuluh rumah teres lain. Dua mangsa iaitu isteri dan ibu mertua mangsa sempat diselamatkan.
"Siasatan awal mendapati, kebakaran dipercayai bermula dari tingkat atas sebelum merebak ke seluruh bahagian atas rumah terbabit. Bomba turut menemui mayat seorang lelaki warga India berstatus penduduk tetap (PR) terperangkap di dalam bilik air," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Ahmad Adli berkata, isteri dan ibu mertua mangsa sudah dihantar ke Hospital Melaka, manakala mayat mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sumber : www.bharian.com.my



0 comment... add one now