Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

5 Resepi Biskut Raya 2016 Terkini Ringkas Dan Sedap

Resepi Biskut Raya 2016. Sekarang ni banyak resepi diinvovasikan dengan pelbagai rasa dan rupa bentuk yang unik. Banyak bahan baru dan juga bahan lama digabungkan menjadi biskut paling sedap tahun ini. Jadi bagi mereka diluarsana mesti tertanya-tanya, apakah resepi biskut raya paling best tahun ini?

Ramai juga mencari resepi terkini dan terbaru biskut raya untuk diuji kesedapannya. Tak terlepas juga untuk peniaga diluarsana, mereka memikirkan projek terbaru cara bagaimana nak buat bisnes biskut raya yang sedap dengan jayanya. Memikirkan resepi apakah yang terbaik untuk jualannya nanti.

Orang berniaga kena banyak berfikir, kena tahu memikirkan peluang yang ada untuk meningkatkan lagi mutu rasa biskut yang bakal dijual nanti. Mengikut peredaran trend terkini biskut raya, ramai diantara kita sukakan rupa bentuk yang unik dengan rasa yang sedap.

Manis, pedas, masam, masin salah satu teknik mempergayakan rasa biskut tersebut.

Kalau nak bisnes biskut raya berjaya, kena buat sampai jadi viral barulah orang akan tahu produk biskut kita. Dari situ kita akan dapat jana pendapatan lumayan atas sebab marketing percuma di media social hasil daripada penkongsian di facebook.

Untuk ini, saya senaraikan beberapa resepi biskut raya yang sedap dan mudah di buat untuk hari raya tahun 2016.

5 Resepi Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap


Resepi Oat Almond Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
1. Resepi Biskut Oot Almond Cookies Raya

Bahan-bahan :
  • 1 Cawan - Butter + Minyak Sapi (butter dan minyak sapi ni jadikan satu cawan, terpulang nak butter lebih atau minyak sapi lebih) 
  • 2 Cawan - Tepung Gandum 
  • 1 Sudu Kecil - Baking Soda 
  • 1 Cawan - Gula Kastor 
  • 1 Cawan - Gula Perang 
  • 1 Sudu Kecil - Esen Vanilla 
  • 2 1/2 Cawan - Oat (yang telah diblender halus) 
  • Secubit Garam 
  • 1 Sudu Kecil - Baking Powder 
  • 2 Biji - Telur Ayam 
  • 250 Gram - Coklat Bar (yang telah diparut) 
  • 1 Cawan - Badam, Gajus atau Hazel (yang telah dibakar dahulu, kemudian dicincang kasar) 
  • 3 Sudu Besar - Oat 

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Oat Almond Cookies Raya
  1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan pula telur bersama esen vanilla.
  3. Lepas itu, pukul lagi.
  4. Untuk bahan kering. Satukan pula bersama tepung, oat halus, garam, baking soda, baking powder. Gaul bahan kering sehingga sebati. 
  5. Masukkan ke dalam adunan bahan basah tadi.
  6. Masukkan pula oat bersama parutan coklat bar dan almond. Gaul rata
  7. Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  8. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.



Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
2. Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya

Bahan-bahan :
  • 250 Gram - Butter (suhu bilik) 
  • 150 Gram - Gula Caster 
  • 1 Biji - Kuning Telur Ayam 
  • 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs) 
  • 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus) 
  • 100 Gram - Tepung Jagung 
  • 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top 
  • 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak) 
  • 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan) 
  • 1 Biji - Putih Telur Ayam 

Langkah-Langkah Cara Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya
  1. Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.
  2. Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  3. Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulatkan doh sebesar guli.
  6. Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  7. Letakkan diatas bekas dulang pembakar.
  8. Selepas itu bakar didalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)
  9. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  10. Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.



Resepi Suji Almond Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
3. Resepi Biskut Suji Almond Raya

Bahan-bahan :

  • 150 Gram - Mentega
  • 30 Gram - Minyak Sapi
  • 80 Gram - Gula Kaster
  • 1/2 Sudu Kecil - Esen Vanilla
  • 50 Gram - Serbuk Badam
  • 60 Gram - Tepung Suji
  • 220 Gram - Tepung Gandum
  • 1/4 Sudu Kecil - Serbuk Penaik

Hiasan : Kuning telur dan badam

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Suji Almond Raya

  1. Sebatikan bahan seperti mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan pula bahan seperti tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
  3. Campur semua bahan tadi dalam satu bekas dan uli lembut adunan tersebut.
  4. Ratakan dengan pengelek lepas tu, terap dengan acuan bulat.
  5. Sapukan kuning telur dan taburkan pula untuk hiasan dengan badam nib.
  6. Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.



Resepi Milky Oreo Biskut Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
4. Resepi Biskut Milky Oreo Raya

Bahan A :

  • 130 Gram - Butter
  • 70 Gram - Gula Kaster
  • 1/4 Sudu Kecil - Esen Vanila
  • Secubit garam
Bahan B :

  • 170 Gram - Tepung Gandum
  • 20 Gram - Tepung Jagung
  • 20 Gram - Tepung Beras
  • 20 Gram - Cornflakes (yang di kisar halus)
  • 20 Gram - Serbuk Badam (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - badam nib (yang dibakar dulu)
  • 20 Gram - Serbuk Oreo
  • 1/8 Sudu Kecil - Baking Powder

Cadangan Hiasan : Coklat Putih dan Serbuk Oreo

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Milky Oreo Raya

  1. Pukul semua bahan-bahan (A) hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan pula bahan (B) kepada bahan (A).
  3. Uli bahan-bahan tadi sehingga jadi doh.
  4. Biarkan selama 20 minit.
  5. Selepas itu canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
  6. Bakar pada suhu oven sebanyak 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan
  7. Setelah masak, biarkan sejuk.
  8. Celup pula dengan coklat putih serta terus tabur dengan serbuk oreo.
  9. Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.



Resepi Pandan Nestum Raya 2016 Ringkas Dan Sedap
5. Resepi Biskut Pandan Nestum Raya

Bahan-bahan :

  • 250 Gram - Mentega
  • 120 Gram - Gula Icing
  • 50 Gram - Nestum (yang telah kisar kasar)
  • 300 Gram - Tepung Redrose + 1/4 cawan
  • 1/4 Cawan - Susu Tepung
  • 2 Sudu Kecil - Pandan Paste
  • 1 Sudu Kecil - Baking Powder
  • Sedikit Pewarna Hijau (ikut suka mahu letak atau tidak)

Untuk hiasan : 1 biji telur + 1 sudu besar susu cair + sedikit pewarna kuning + Nestum secukupnya

Langkah-Langkah Cara Buat Biskut Pandan Nestum Raya

  1. Ayak tepung, dan satukan bersama susu tepung dan baking baking. Ketepikan.
  2. Selepas itu, putar/pukul mentega dengan gula hingga naik sebati.
  3. Kemudian masukkan pula bahan seperti pandan paste dan pewarna hijau.
  4. Seterusnya, masukkan pula nestum dan putar (sekejap sahaja) hingga adunan sebati.
  5. Langkah seterusnya, masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
  6. Terap dan sapu telur.
  7. Tabur nestum di atasnya untuk hiasan.
  8. Bakar pada suhu 150'c dalam 15-20 minit



50 Resipi Biskut & Kek (Edisi Kedua)

Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik.

Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan.

Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.

50 Resepi Biskut Dan Kek Sedap Ringkas Terkini
Berminat Untuk Beli?
RM18


Ok cukup 5 senarai resepi ringkas untuk buat biskut raya tahun ini. Jadi kepada mereka diluarsana yang mahukan resepi paling sedap dan boleh dijadikan sebagai hot item selling jangan segan jangan malu untuk membeli buku di atas, kerana apa?

Kerana buku itu adalah hasil daripada Chef terkenal Chef Hanieliza, beliau merupakan pakar masakan melayu dan juga pakar membuat resepi biskut dan kek yang sedap. Jangan lupa, harga buku RM 18 ini penuh dengan resepi terkini yang lazat dan sedap. Jangan lupa cuba ya!





0 comment... add one now