Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tasik Bukit Merah Terkini Kering Akibat Fenomena Panas El Nino

Tasik Bukit Merah Kering Terkini

Tasik Bukit Merah Kering Terkini Akibat Fenomena Panas El Nino 


Kejadian Tasik Bukit Merah Kering berlaku di Kerian, Perak. Empangan Tasik Bukit Merah mempunyai paras air kurang daripada enam meter dan sekarang ini hanya tinggal 14 peratus air walaupun mempunyai kawasan tadahan berkeluasan 480 km persegi.

Lebih dari dua pertiga permukaan tasik di Bukit Merah terkini kering dan menjadi landskap sepi dengan tunggul-tunggul pokok mati yang selama ini ditenggelami air dapat dilihat.


Tasik Bukit Merah Kering Terkini
Berita Tasik Bukit Merah Kering Terkini
Berita Tasik Bukit Merah Kering Terkini 2016
Berita Tasik Bukit Merah Kering Terkini April 2016

"Tasik ini telah kehilangan terlalu banyak air," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Khamis.
Sejak 11 April 2016, pesawat yang membawa garam halus telah diterbangkan untuk melakukan pembenihan awan di empangan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, pesawah padi pula mengalami kerugian yang besar kerana paras air yang kering tidak lagi mampu sampai ke pintu-pintu pelepasan dari empangan untuk disalurkan terus ke sawah mereka.

Beratus-ratus kolam ternakan ikan arowana, yang boleh dilihat di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di sebelah Tasik Bukit Merah, kini menahan stok ikan mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit kerana masalah air.

Turut menerima kesan adalah Bukit Merah Laketown Resort. Walaupun masih beroperasi, kebanyakan aktiviti tasik telah dihentikan. Pemandu bot Mohd Yusof Shamsuri, 58, berkata, Pulau Orang Utan Bukit Merah telah ditutup selama dua minggu.
"Bot penumpang kami hanya tersadai di jeti," katanya.
Seorang penduduk kampung, Shamsudin Mohammad, 66, berkata tasik itu mula mengering pada bulan Disember.
"Kami selalu berdepan dengan musim kering setiap tahun, tetapi untuk kali ini adalah yang paling teruk sekali yang pernah saya lihat sejak tinggal di sini pada tahun 1960.
"Tempat yang pernah menjadi kawasan yang sempurna untuk menangkap ikan kini tiada lagi," katanya.
Selain Empangan Bukit Merah, infokemarau.water.gov.my juga menyenaraikan dua empangan lain yang berada dalam zon kritikal bahaya.

  • Empangan Bukit Kwong di Kelantan hanya mempunyai 7.81 peratus air yang tinggal 
  • Empangan Labong di Johor hanya mempunyai 11.98 peratus air.

Tetapi keadaan adalah berbeza di Lembah Klang, Selangor apabila pengurusan di taman tema tidak bimbang mengenai potensi kekurangan air.

Bagi Pengurus Desa Water Park David Wan berkata mereka telahpun menyediakan beberapa tangki simpanan yang secukupnya untuk taman itu semasa beroperasi untuk sekurang-kurangnya bertahan selama dua hingga tiga hari semasa krisis air.

Michelle Gregory Pengarah Pemasaran Sunway Lagoon berkata, fenomena krisis kemarau kekurangan air tidak berlaku kerana bekalan air untuk taman tema itu datang terus dari tasik dan sama sekali tidak bergantung daripada sumber luar.

Video Berita Terkini Tasik Bukit Merah Kering Akibat Fenomena Panas El Nino




0 comment... add one now