Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tudung Fareeda Ciplak Tudung Lama Jadi Viral?

Gara-gara tudung Fareeda menjadi viral di media sosial, saya terjumpalah satu statement dari Admin page mereka. Mereka cakap, orang lain yang ciplak idea tudung mereka. Betul ke?

"Salam semua, corak-corak seperti "ribbon" ini FAREEDA telah keluarkan sejak tahun 2011 lagi. Termasuk juga corak "love" dan "polkadot" yang sudah lama digunakan dan dikeluarkan oleh FAREEDA." kata Admin tersebut.

"Kita mesti ada kesedaran "Trademark" dan "Industrial Design" untuk bezakan antara design iaitu rupa bentuk dan rekaan tudung dengan corak-corak kain. Ada sesetengah corak-corak ini dibuat oleh pengilang-pengilang dengan berlainan jenis jenis dan kualiti kain. Kebanyakan corak-corak ini adalah universal dan dikeluarkan oleh pengilang-pengilang." jawapan Admin kepada netizen.

"Ada ramai cuba memanupulasikan corak-corak ini dengan rekaan tudung FAREEDA dengan mengatakan FAREEDA meniru." terkilan dengan status peniru, hakikatnya mereka adalah mengideakan design tersebut.

"Padahal rekaan FAREEDA yang banyak ditiru oleh para penciplak! Kalau tak takkan para penciplak dengan laju menciplak rekaan tudung FAREEDA demi mengaut keuntungan juga??? Terima kasih."

Itulah kata-kata dari Admin Fareeda sendiri, jadi? Disini kita tahu, benda paling senang nak ditiru adalah jenis fesyen. Kita tak boleh mengawal harta "Trademark" sebab di Malaysia ini bukan macam negara barat sana. Kalau insiden kes tiru meniru ni, di barat senang buat "saman" untuk menang atas sebab melanggar akta harta patten sesuatu produk. Tapi di Malaysia? Susah sebab jenis pakaian berfesyen ini senang ditiru dan susah nak trace siapa meniru siapa.



Tudung Fareeda Ciplak Tudung Lama

Tudung Fareeda Ciplak Tudung Lama



0 comment... add one now