Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Drama Seindah Takdir Cinta TV3

Seindah Takdir Cinta Drama TV3 Akasia

Seindah Takdir Cinta Drama Slot Akasia TV3


Drama Seindah Takdir Cinta merupakan adaptasi novel Seindah Takdir Cinta karya penulisan hasil daripada Kamsiah Abu. Drama ini akan berlangsung selepas tamatnya drama Duda Terlajak Laris yang akan mengisi di slot Akasia TV3. Drama terbaru terbitan oleh Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh arahan pengarah drama Zulhuzaimy Marzuki dan dihasilkan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Pelakon drama Seindah Takdir Cinta dilakonkan oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli dan ia akan mula ditayangkan pada 25 Mei 2016 nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.

  • Tajuk Drama : Seindah Takdir Cinta
  • Jumlah Episod : 28 Episod
  • Tarikh Ditayangkan Pada : 25 Mei 2016
  • Setiap Hari : Isnin - Khamis
  • Masa : 7.00 malam
  • Di Saluran : TV3 Slot Akasia
  • Penulisan Skrip : Mufid Shuhaimi
  • Penulis Novel : Kamsiah Abu
  • Pengarah Drama : Zulhuzaimy Marzuki
  • Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd

Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta

  • Amyra Rosli watak sebagai Mia Karmila
  • Saharul Ridzwan watak sebagai Shahriman
  • Redza Rosli watak sebagai Adrian
  • Azri Iskandar watak sebagai Dato Kamal
  • Ifa Raziah watak sebagai Datin Mariam
  • Amai Kamaruddin watak sebagai Fendi
  • Nazzaty Rusli watak sebagai Zetty
  • Haff Ridzuan watak sebagai Faizal

OST Lagu Tema Drama Seindah Takdir Cinta



OST lagu tema drama Seindah Takdir Cinta di slot Akasia TV3 dinyanyikan oleh penyanyi terkenal pada zaman 90an iaitu Fauziah Latiff. Lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya. 

  • Tajuk : ______
  • Penyanyi : Fauziah Latiff
  • Lagu : Sharon Paul
  • Lirik : Fedtri Yahya
  • Lagu Tema : Drama Seindah Takdir Cinta

Sinopsis Seindah Takdir Cinta


Mia Karmila, anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Dari seorang gadis moden dan sosial telah dalam sekelip mata mahu berjihad mengumpul saham akhirat. Tanpa mereka sedari, melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Manakala Adrian, satu-satunya anak lelaki Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya sebagai seorang lelaki mancho, bergaya dan kaya raya, walaupun ramai perempuan lain yang lebih dari bersedia untuk memenuhi segala kehendak Adrian itu.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa jua pun syarat yang diminta oleh Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila mesti jadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga akhirnya menerima ijabkabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui bahawa Shahriman bagaikan dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?

Drama Seindah Takdir Cinta TV3 Akasia

0 comment... add one now