Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Duit Komisen Dari Involve Asia

Duit Komisen Dari Involve Asia
klik gambar untuk zoom

Buat Duit Dengan Involve Asia


Pertama disini saya ucapkan Alhamdulillah dengan jayanya saya berjaya juga buat duit komisen dengan Involve Asia

Sudah beberapa kali saya terima komisen sebenarnya dari Involve Asia. Saya disini cuma nak berkongsi sedikit bagaimana nak tingkatkan lagi pendapatan melalui affiliate involve asia dengan blog.

Saya nak beritahu kepada blogger diluarsana, janganlah harapkan Nuffnang sahaja untuk jana pendapatan di blog anda. 

Sebenarnya Nuffnang sudah tidak macam dahulu, mereka pilih kasih antara blogger terkenal dengan blogger cikai seperti kita. Ertikata lain, Nuffnang suka pilih blogger terkenal berbanding blogger yang pentingkan konten bersama artikel SEO. Itu yang kelakar.

Sebenarnya ada banyak benda boleh kita buat dengan blog ini, salah satunya untuk jana pendapatan dengan blog adalah dengan affiliate Involve Asia.

Kalau korang berminat nak jana pendapatan dengan Involve Asia, 
anda boleh saja daftar di bawah ini :




Ok balik kepada topik, sebenarnya bukan susah nak buat duit dengan blog ni. Yang susahnya kita tidak belajar bagaimana nak tulis sesuatu artikel itu berkaitan dengan produk bersama keyword pilihan untuk SEO.

Nak bermain SEO, kena tahu serba sedikit tentang keyword pilihan anda. Kalau anda tidak tahu apa itu SEO, anda boleh rujuk di YOUTUBE untuk belajar lebih lagi.

Dan kini saya cuma nak kongsi tentang Involve Asia dimana untuk join affiliate ini anda bukan saja kena aktif penulisan di blog, malah anda juga boleh buat penulisan berupa promosi di facebook mahupun di group-group facebook sebagai promosi affiliate anda bersama Involve Asia.

Saya cuma bermain affiliate dengan produk semasa yang ada permintaan tinggi sahaja. Saya suka dengan Zalora Malaysia dan juga Cameralah sebab disana ada bermacam-macam produk menarik untuk dipromosi. Tak lupa juga dengan Lazada Malaysia, saya juga akan pilh produk semasa yang mempunyai permintaan tinggi di Malaysia.

Jadi saya gunakan kesempatan ini dengan buat kajian tentang produk-produk tersebut bersama keyword pilihan untuk SEO di blog ini.

Alhamdulillah, antara keyword pilihan saya semua berada di first page dekat Google Search dan purata daripadanya adalah produk semasa dan produk permintaan tinggi.

Dari situ saya dapat komisen tersebut kerana berada di first page google search peluang mendapat komisen banyak adalah cerah!

Andaikata Zalora Malaysia bagi 12% komisen untuk setiap sales yang terjual saya akan dapat bonus! Contoh, ada 1 orang masuk ke blog saya dan klik salah satu pautan bersama affiliate involve asia dan produk itu berharga RM500, maka saya akan dapat komisen sebanyak 12% daripada barang tersebut. Jadi jumlah komisen yang saya akan dapat adalah sebanyak RM60!!

Serius saya cakap, setiap artikel nak buat mesti kena buat rujukkan terdahulu mengenai produk tersebut bersama keyword pilihan untuk SEO. 

Bila keyword itu berjaya, maka artikel anda pun berjaya berada di first page Google Search dan setiap artikel anda mestilah letak produk bersama Affiliate Involve Asia ye! Barulah anda dapat hasilnya....

OK sekian saja tips dari saya macam mana nak jana pendapatan dengan blog melalui affiliate involve asia. Nanti ada masa lagi saya update!


Update :





4 comments.. read them below or add one

Hakim Mahmud Hakim Mahmud Oktober 28, 2016
Bijak memang bijak cara paling senang nk mengumpan peminat menjadi BUYER . Tapi tak ramai yang tahu mereka lebih suka mempromosikan artikle yang entah pape di fanpage dan ingin FAST MONEY AND SHORT term . Cara ko buat lebih kepada LONGTERM kipidap.
sabree hussin sabree hussin Oktober 28, 2016
Thanks tuan kongsikan pasal involve asia ni. Rasa bersemangat balik nak promote. Sebelum ni ada rasa down sikit sebab diorang lambat bayar ha ha
Elih Japahar Elih Japahar November 05, 2016
Terbaik tuan, memang sedang mencari blogger yang dah berjaya dengan involveasia..