Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Review GoPro Hero 5 Black Dan Hero 5 Session Malaysia

GoPro Hero 5 Black Dan Hero 5 Session Malaysia

Review GoPro Hero 5 Black Dan Hero 5 Session Malaysia


Setelah selang beberapa tahun, akhirnya GoPro mengeluarkan produk kamera aksi terbarunya yang terkini dengan spesifikasi GoPro Hero 5 yang lebih berkuasa dan lebih berkualiti dari segi gambar yang sangat tajam dan jelas untuk tahun 2016/2017. GoPo Hero 5 merupakan Action Camera yang paling diminati di seluruh dunia.

Perusahaan asalnya dari Amerika ini cukup sinonim dengan produk yang sangat berkualiti dan terbaik kepada peminat GoPro! 

Kini GoPro Hero 5 akan masuk Malaysia dengan harga yang berpatutan. Dari segi aksesorinya tidak usah kita bimbang, kerana aksesori GoPro Hero 5 Malaysia bakal menyusul penjualannya di seluruh negeri dalam Malaysia tidak lama lagi.

GoPro Hero 5 Black Dan Hero 5 Session memiliki banyak persamaan berkaitan dengan spesifikasi dan fitur. Dikatakan keduanya boleh merekam video berkualiti sebesar 4K di dengan kecekapan 30 frame per saat. 

Kedua Action Camera terbaru GoPro Hero 5 dan Hero 5 Session ini juga mampu bertahan lama dan boleh masuk ke dalam air, tanpa perlu memakai apa-apa aksesori tambahan seperti cover pelindungan luaran. Ia juga dapat bertahan dengan kedalaman di dalam air sehingga 10 meter.

GoPro Hero 5 terbaru ini juga hadir dengan ciri penambahan image stabilization, fitur ini sebelumnya tidak pernah ada pada mana-mana kamera aksi GoPro yang terdahulu.


Spesifikasi Dan Harga GoPro Hero 5 Black Malaysia

Ciri-Ciri dan Kelebihan GoPro Hero 5 Black & Hero 5 Session Terbaru


Kelebihan GoHero 5 Black terbaru ini adalah memiliki sensor kamera sebesar 12 megapiksel dengan layar LCD 2 inci terbina bersama teknologi touchscreen. Produk GoPro Hero 5 Black terbaru ini juga dilengkapi GPS terbina serta dapat mengambil gambar bersaiz besar dalam format RAW, serta memiliki video Wide Dynamic Range (WDR). 

Kelebihan GoPro Hero 5 Session pula dilengkapi dengan sensor kamera sebesar 10 megapiksel menjadikan ia versi spesifikasi rendah dari Hero 5 Black. Hero 5 Session juga tidak sama seperti Hero 5 Black. Hero 5 Session tidak dilengkapi layar touchscreen, tidak ada GPS terbina, tiada gambar RAW, dan tiada video jenis Wide Dynamic Range (WDR).


Harga GoPro Hero 5 Black Dan Hero 5 Session Di Malaysia


Harga jualan dalam harga RM1800 dan keatas untuk GoPro Hero 5 Black di Malaysia. Boleh beli online di sini dengan harga terbaik bersama aksesori tambahan yang murah lagi berpatutan sekiranya perlu untuk menambah.

Harga GoPro Hero 5 Session pula di Malaysia dalam angka RM1300 dan keatas. Sekiranya berminat untuk beli online, anda boleh buat pembelian di sini.


Di Mana Boleh Beli Secara Online Untuk GoPro Hero 5 Black Malaysia Dan Hero 5 Session?


Anda boleh dapatkan pembelian di laman web www.cameralah.com <-- Klik di sini





0 comment... add one now