Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Drama Suamiku Paling Sweet TV3

Suamiku Paling Sweet Drama Akasia TV3

Drama Suamiku Paling Sweet merupakan salah satu drama genre cinta komedi untuk slot akasia TV3 akan datang. Drama ini merupakan adaptasi Novel Suamiku Paling Sweet karya penulisan daripada Anjell. Drama ini bakal dibintangi oleh pelakon Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Natasya Mahyan dan ramai lagi dengan watak yang lebih menarik.

Drama Suamiku Paling Sweet Akasia TV3


  • Tajuk : Suamiku Paling Sweet 
  • Pengarah : Zul Huzaimy Marzuki 
  • Penulis Skrip : Mufid Suhaimi 
  • Penerbit : Primeworks Studios
  • Jumlah Episode : 28/30 Episode 
  • Siarang Berlangsung : Slot Akasia TV3 
  • Masa : 6.58 Petang - 7.58 Petang 
  • Setiap Hari : Isnin - Khamis 
  • Tarikh Ditayangkan : Disember 2016


Pelakon Suamiku Paling Sweet

Pelakon Suamiku Paling Sweet
Watak Hafiy bersama Izz Haikal lakonan Nik Adam Mika dan Syafiq Kyle

Pelakon Drama Suamiku Paling Sweet Akasia TV3




Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet


Antara rela dalam paksa, ini yang terjadi terhadap Qisya yang terpaksa mengikut apa saja kata mamanya, supaya menjadi orang gaji sementara di rumah kawan mamanya. Mamanya meminta Qisya menjadi pengasuh cucu Puan Fatma iaitu Hafiy.

Kisah Qisya dalam satu peristiwa yang tidak di duga, telah mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri Izz Haikal dan menjadi mama kepada Hafiy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. 

Peristiwa ini buatkan perasaan marah. benci Qisya sampai tidak boleh terima kenyataan. Cukup dia membayangkan perasaan sehingga terbayang Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz dia kelihatan tenang dan terima seadanya.

Qisya mula memberontak dan cuba melarikan diri daripada Izz dan Hafiy selepas diijab kabulkan. Setelah Qisya dipujuk dan Izz memberi ruang kepada Qisya untuk menenangkan dirinya. 

Akhirnya Qisya kembali semula bersama Izz dan Hafiy dengan syarat , Qisya tidak mahu seorang pun mengungkit tentang peristiwa menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin nikah tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk menerima dan terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.



Novel Suamiku Paling Sweet
Berminat Dengan
Novel Suamiku Paling Sweet?

Anda Boleh Beli Di Sini


Lagu tema ost drama #SuamikuPalingSweet bakal menyusul nanti.

0 comment... add one now