Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Jersi Baru Harimau Malaysia 2016

Jersi Harimau Malaysia 2016, 2017 Dan 2018


Jersi Harimau Malaysia 2016 - Pihak Nike hari ini 15.11.2016, melancarkan baju jersi baru Harimau Malaysia 2016, 2017 dan 2018 di majlis perasmian yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil untuk versi jersi baru Harimau Malaysia 2016.

Jersi Harimau Malaysia 2016, 2017 Dan 2018


Jersi Malaysia 2016, 2017 dan 2018 versi 'home' ini dibekalkan dengan ciri warna utama iaitu warna hitam kuning. Manakala untuk jersi versi 'away' pula dibekalkan dengan ciri warna utama iaitu warna putih biru.

Baju baru squad Harimau Malaysia ini mula digunakan pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 ini nanti yang akan berentap Ahad ini (20 November) dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar.

Jersi Harimau Malaysia 2016, 2017 Dan 2018
Gambar Baju Jersi Baru Pasukan Bola Sepak Harimau Malaysia 2016


Baju Harimau Malaysia, jersi versi 'home' skuad sebelum ini digunakan dengan warna utama iaitu warna kuning dan kali ini ia digunakan penggunaan warna hitam sebagai warna utama jersi terbaru Harimau Malaysia. Warna hitam ini juga adalah sesuatu yang baharu buat peminat bola sepak negara.

Pilihan Jersi Malaysia warna hitam ini memberi sedikit kelainan dari segi ‘design’ untuk peminat bola sepak negara serta pengumpul jersi kebangsaan negara.

Pertukaran jersi warna hitam kali ini disebabkan lima jenis baju keluaran utama jersi dari tahun 2007 hingga kini telah menggunakan tema yang sama iaitu kuning.

Kenapa Jersi Baru Harimau Malaysia Tidak Guna Logo Bendera Malaysia?


Kenapa sebelum ini tiga jersi terdahulu - 2010-2012, 2012-2014 dan 2014-2016 menggunakan logo bendera Malaysia? Untuk kali ini jersi terbaru ini menggunakan logo FAM?

Jawapannya, logo federasi merupakan salah satu ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan mereka.

Kalau dilihat pada pelawanan kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan juga Piala Asia 2015, hampir kesemua pasukan negara mereka menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing.

Jadi penggunaan logo federasi untuk jersi ini akan nampak lebih eksklusif dan ia juga melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain.

Kenapa Guna Logo FAM, Kenapa Bukan Guna Logo Baru Harimau Malaysia Yang Telah Dilancarkan 16 September 2016 Lalu?


Jawapannya, Jersi Baru Harimau Malaysia 2016 direka pada awal tahun 2014 oleh pihak Nike. Jersi squad Harimau Malaysia yang ditaja oleh Nike ini dihasilkan serentak bersama jersi-jersi keluaran 2016 untuk negara-negara yang lain dan keseluruhan untuk proses 'design' sehingga produksi oleh Nike mengambil kira-kira 18 bulan.

Jersi-jersi terbaru ini telah siapkan pada awal tahun 2016 bagi pelancaran rasmi untuk negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016.

Oleh kerana Piala Suzuki AFF 2016 ini bermula pada November 2016, maka jersi baru pasukan bola sepak Malaysia hanya dilancarkan pada hari ini 15.11.2016 walaupun proses rekaaan dan bentuknya serta produksi telah bermula seawal tahun 2014.

Di Mana Boleh Beli Baju Jersi Baru Harimau Malaysia 2016, 2017 Dan 2018?


Jersi baru pasukan bola sepak Harimau Malaysia 2016 ini akan mula dijual pada Rabu, 16 November 2016 ini di semua rangkaian kedai sukan Al-Ikhsan di seluruh negara dengan harga jualan sehelai sebanyak RM289.

Jika mahu beli online jersi Harimau Malaysia 2016, boleh buat pembelian terus di Al Ikhsan website ya!


Jersi Baru Harimau Malaysia 2016, 2017 Dan 2018

1 comment... add one now

Uncle Zuan Uncle Zuan November 17, 2016
kagum dengan pereka fesyen terutama pereka jersey bola. tak lapuk zaman design design dia