Zalora 5th Birthday 24 Mar 2017

Tudung Zip Nora Danish Jadi Bahan Ketawa Netizen

Tudung Zip Nora Danish

Fesyen tidak mati, setiap hari ada sahaja rekaan terkini tentang dunia fesyen. Antara paling cepat berkembang di Malaysia ini adalah dunia fesyen baju kurung dan juga fesyen tudung terkini.

Seperti biasa, mulut manusia tidak akan terlepas untuk mengata dan juga bercakap mengenai isu semasa. Itu menjadi lumrah manusia untuk bercakap tentang pendapat masing-masing.

Kali ini isu viral terkini Tudung Zip Nora Danish menjadi bahan ketawa di media sosial dan ramai diantara mereka menjadikan isu viral tudung Nora Danish ini sebagai bahan jenaka.

Mana tidaknya, konsep asas tudung hijab adalah menutup aurat, tetapi difesyenkan dengan pelbagai keunikkan terhasillah tudung pelik Nora Danish yang diberi nama Owl EZip daripada jenama tudung beliau OwlbyND.

Tudung Zip rekaan terkini Nora Danish ini bagi saya adalah sesuatu fesyen tudung yang unik. Tetapi kelihatan agak pelik dan kenapa fungsi zip itu wujud?

Itu menjadi persoalan di media sosial sekarang ini.

Antara sebab dan kenapa ia menjadi bahan ketawa adalah video yang di demokan oleh Nora Danish untuk Tudung Zip beliau.

Video Tudung Zip Nora Danish



Komen Netizen Tentang Tudung Zip Nora Danish

Komen Tentang Tudung Zip Nora Danish


Apa kata komen orang ramai tentang tudung zip Nora Danish ni? Rata-rata komen menyifatkan satu sindiran kecil. Tetapi memberi impak yang besar kepada Nora Danish.

Kenapa? Sebab ini adalah satu teknik pemasaran percuma yang diberi nama Free Viral Marketing. Jualan untuk tudung ini juga meningkat secara mendadak kerana promosi percuma di media sosial disebabkan isu viral tersebut!

0 comment... add one now